Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery
Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.
Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.
St. Catherine's Monostery
Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-
“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.
Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.
No compulsion is to be on them.
Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.
No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.
Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.
No one is to force them to travel or to oblige them to fight.
The Muslims are to fight for them.
If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.
Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.
No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”
Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery :
Maksudnya :-
"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.
Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.
Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.
Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.
Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.
Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.
Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.
Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.
Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.
Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.
Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."
Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian
Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.
Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.
sumber
Keadilan Islam Untuk Semua&Sesiapa Sahaja Firman Allah S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
5 comments:
kagum! subhanallah...tgk surat rasa rndu pada nabi...
Aslmkm.w.w.
Pendapat saya bahawa :-
Saya kurang yakin dengan terjemahan ini. Rasanya ada masaalah terjemahan samada B Inggris atau B Melayunya.
"If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visitng her church to pray" ada kedangkalan yang bercanggah dengan Al-Quran di mana Allah mengharamkan lelaki Islam berkahwin dengan perempuan kafir kecuali perempuan tersebut telah memeluk Islam terlebih dahulu dan kalau berdoa atau bersembahyang di gereja yang mungkin caranya adalah cara Kristian yang tidak diterima Allah. Terjemahan Melayunya pula "Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa" juga agak tersasar dari terjemahan Inggerisnya yang sepatutnya mestilah dilakukan dengan kemahuan/kerelaan/kelulusan/keizinan beliau".
Sama-sama kita perbetulkan ke arah makruf.
Alhamdulillah-jazakumullahu-khairoh
matpena@yahoo.com
Hukum berkahwin dengan ahli kitab:
Bolehkah kita berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi zaman sekarang ?
Demikianlah jawapannya,
Hukum berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab sama ada dari kalangan Yahudi mahupun Nasrani, di sana terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama :
Pendapat pertama mengatakan hukum lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab zaman sekarang adalah haram kerana kepercayaan mereka yang sudah berubah. Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat satu riwayat daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya dia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab:
“Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik manakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”.
Pendapat kedua mengatakan hukumnya adalah halal, namun adalah elok dielakkan. Inilah pendapat Saidina Umar bin al-Khattab r.a yg menegah lelaki Islam bernikah dgn perempuan ahli kitab dizaman pemerintahannya.
Pendapat ketiga (jumhur ulama dan pandangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) mengatakan adalah halal lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan yang suci dari ahli kitab meskipun kepercayaan tauhid mereka sudah pun berubah. Ini kerana kesesatan ahli kitab bukan sahaja di zaman sekarang, malah di zaman Nabi saw lagi mereka sudah pun sesat.
Buktinya dalam surah an-Nisak ayat 171 Allah SWT berfirman,
Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah Rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya datang dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak...."( An-Nisa : 171)
Selain itu Nabi saw juga pernah bermubahalah (laknat melaknat atas nama Tuhan) dengan orang-orang Kristian Najran. Kisahnya bermula apabila wakil orang-orang kristian dari Najran datang ke Madinah untuk berdebat dengan Nabi saw mengenai ketuhanan Nabi Isa a.s. Disebabkan kedegilan orang-orang Kristian untuk menerima hujah Nabi saw maka turunlah wahyu Allah SWT surah Ali Imran ayat 61,
Maksudnya : “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa ke atas orang yang berdusta.” (Ali Imran: 61)
Ayat ini dengan tegas menyuruh Nabi saw mencabar orang-orang Kristian untuk bermubahalah. Di saat-saat akhir ketika Nabi saw sudah bersedia dengan membawa Fatimah, Hasan dan Husin malangnya cabaran ini ditolak oleh orang-orang Krsitian.
Demikianlah juga orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah saw turut kafir kepada Allah dan juga Rasul. Mereka pernah merancang untuk membunuh Rasulullah saw melalui pelbagai cara termasuk sihir namun gagal.
Dalam keadaan mereka kafir menentang Allah dan juga Rasul, namun turun ayat Al-Quran yang menghalalkan umat Islam memakan daging sembelihan mereka. Dalilnya ialah firman Allah SWT,
Maksudnya : "Makanan-makanan ahli kitab adalah halal buat kamu begitu juga makananmu halal buat mereka. Perempuan-perempuan mu'minah yang baik (halal bagimu ) begitu juga perempuan-perempuan yang baik-baik dari orang-orang yang pernah diberi kitab sebelum kamu.." (al-Maidah: 5)
Berdasarkan ayat di atas, jika makanan ahli kitab boleh dimakan maka hukum yang sama juga adalah harus menikahi mana-mana perempuan mereka.
Pendapat keempat dan pendapat yang terkuat dalam Syafi’iyah iaitu halal lelaki Islam berkahwin dengan perempuan ahli kitab yang asli dari golongan yahudi dan nasara di sekitar tanah arab.
Walalhualam.
http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com
"If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray".Jika anda bersama masyarakat muslim di barat spt amerika..anda akan dapati betapa benarnya piagam ini. Perkahwinan lelaki muslim dan wanita kristian adalh perkara biasa dan ulama disana dan semua ulama2 Arab menghalalkannya kerana dalil Quran . Ahli kitab zaman Rasulullah sendiri sudah mmpercayai Isa sbgai anak Tuhan spt keterangan dlm AlQuran.Isteri kristian/yahudi tidak dipaksa memeluk Islam..boleh mngamalkan cara kristiannya wpun isteri kpd muslim... tetapi dgn kuasa Allah rata2 akhirnya isteri2 kristian ini mengucap syahadah juga tanpa dipaksa2 suami2 muslim mereka. Wanita2 ini berbangga menjadi islam kerana islam mereka bukan kerana perkahwinan krn kerelaan sendiri. Fitrahnya...isteri byk menuruti suami.Lapang dan Cantiknya Islam !!! Itulah pngalaman sy di Amerika brsama convert wanita2 kristian yg asal2nya beragama kristian ketika mula2 berkahwin dgn suami muslim mereka.
Post a Comment