Fakta 1:
1. Walau apa pun alasannya, kerajaan beri RM500 seiisi rumah (pendapatan kurang RM3000)
2. Walau apa pun alasannya, kerajaan beri RM100 setiap seorang murid sekolah
3. Walau apa pun rasionalnya, bil letrik RM20 kebawah adalah percuma
Fakta 2:
1. Walau apa pun alasannya, kerajaan Negeri Selangor mampu beri air percuma
2. Walau apa pun rasionalnya, Stesen Janakuasa Letrik Hidro empangan kenyir yang mempunyai 4 turbin penjana letrik hanya menggunakan 1 turbin. Bermakna beroperasi pada kapisiti 25%(terimakasih Ustaz Azhar Idrus atas maklumat)
3. Walau apa pun tujuannya, kerajaan masih menggunakan syarikat penjana letrik bebas untuk menghasilkan 75% bekalan letrik negara pada kos yang lebih tinggi
Andaian:
1. Purata bil letrik seisi rumah adalah RM40
2. Purata bil air seisi rumah adalah RM20
3. Kerajaan adalah sangat prihatin hingga mengenakan bil letrik dan air pada kos operasi sahaja
4. Setiap isi rumah mempunyai seorang anak sekolah (maka setiap isi rumah kurang mampu akan mendapat RM500 + RM100 = RM600) untuk tahun 2012
Maka:
1. Jika kesemua penjana 4 letrik hidro empangan kenyir digunakan, dan penjana letrik bebas tidak digunakan, kos elektrik akan menurun sebanyak 75%. Oleh itu, purata bil seisi rumah adalah RM10. (dengan andaian mesti bayar, takde lagi free bwh RM20 sebab yg dapat kebanyakannya cuma warga asing yg duduk pondok tanpa peti sejuk)
2. Jika semua negeri beri air percuma (Selangor boleh, kenapa yang lain tak boleh?) maka purata bil air setiap isi rumah adalah sifar.
Jadi setiap isi rumah dapat penjimatan RM30 (letrik) + RM20 (air) = RM50 setiap bulan
Oleh itu, penjimatan setahun adalah RM50 x 12 (bulan) = RM600.00
Dengan kata lain, kerajaan mampu memberi kita RM600 setahun dengan kaedah yang berbeza dan meliputi seluruh rakyat tanpa mengira pendapatan, tanpa mengira jumlah anak sekolah, tanpa mengubah harga minyak.
Ini barulah 1Malaysia yang bukan retorik atau hanya slogan!! (atau lebih tepat Negara Berkebajikan)
(terimakasih Kerajaan Malaysia kerana mengajar saya Matematik, Arithmatic & Logic)
N'N: Kesimpulannya,
1.Logikkah dizaman ini bil Elektrik dibawah RM20 sebab yang hanya dapat mencatu bil elektrik sebegitu cuma warga asing yang duduk pondok tanpa peti sejuk.
2.Kenapa kerajaan 1 Malaysia begitu bodoh masih menggunakan syarikat penjana letrik bebas untuk menghasilkan 75% bekalan letrik negara pada kos yang lebih tinggi sedangkan jika kesemua penjana 4 letrik hidro empangan kenyir digunakan, dan penjana letrik bebas tidak digunakan, kos elektrik akan menurun sebanyak 75%.
3.Kerajaan Negeri Selangor & P.Pinang mampu memberi air percuma tapi mengapa Kerajaan Pusat UMNO/BN tak mampu?
4.Kerajaan 1 Malaysia meletakkan syarat untuk BR1M tapi sebenarnya mereka mampu beri setiap isi rumah RM 600 jika mempunyai otak menggunakan rumus diatas dan belajar Matematik.
Buatlah pilihan anda adakah masih mahu diperbodohkan UMNO/BN atau berubah demi kehidupan yang lebih baik bersama PR.
1 comment:
Ustaz Azhar Idrus... Fenomena Ustaz yang paling stylo , cool n awesome...
Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/top-searching-ustaz-azhar-idrus.html
Post a Comment