Thursday, December 15, 2011
Sebuah Kumpulan Nasyid Dikatakan Menipu Pakej Umrah, Lebih RM51,000 Lesap Entah Kemana.
Menggelegak darah penulis apabila 12 bersaudara yang mahu mengerjakan umrah menerusi pakej ditawarkan agensi milik sebuah kumpulan nasyid tempatan, masih tidak dapat berbuat demikian meskipun sudah membayar RM51,000 sejak dua tahun lalu.
Apa kejadahnya kumpulan nasyid buat kerja macam ini? Kalau macam tu tak gunalah buat album dakwah kalau diri sendiri pun tak betul.
Lebih menyakitkan hati, difahamkan dalam laman web Persatuan Pengusaha Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) mendapati syarikat milik kumpulan nasyid terbabit sudah disenaraikan sebagai agensi yang dibatalkan lesen mereka oleh Kementerian Pelancongan sejak 24 Januari lalu.
Semakan mendapati syarikat sama pernah diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kos umrah yang dikutip daripada peserta pakej kendalian mereka yang dibatalkan atas alasan hotel runtuh.
Mereka kena ingat, pakcik dan makcik ini setengah mati kumpul duit semata-mata untuk menjadi tetamu Allah tetapi mereka senang-senang saja bagi alasan itu dan ini.
Kalau betul mereka tidak berniat untuk menipu, bayarlah balik semua duit tersebut, habis cerita.
Ini tidak, dah berpuluh ribu duit diberi tapi semuanya entah hilang ke mana.
Menurut laporan Berita Harian, mangsa tertarik menyertai pakej umrah terbabit kerana ditawarkan penceramah yang sebelum ini pernah mengajar agama di surau taman perumahan mereka.
Penceramah itu adalah wakil agensi kendalian kumpulan nasyid berkenaan.
Selepas membayar kos ditetapkan, semua kelengkapan umrah seperti kain ihram serta telekung serta kelengkapan bagasi seperti beg tertera nama syarikat kumpulan nasyid terbabit diberikan kepada mangsa ketika menyertai kursus mengerjakan umrah pada 1 Mac 2009.
Namun, menjelang tarikh perjalanan yang ditetapkan, mangsa mula berdepan masalah apabila diberi pelbagai alasan termasuk hotel yang ditempah sepanjang mengerjakan umrah sudah diroboh serta syarikat perlu menempah hotel lain.
Seminggu sebelum tarikh berlepas yang ditetapkan pada 18 Jun 2009, keluarga mangsa cuba menghubungi penceramah bebas itu dan syarikat berkenaan namun tidak mendapat sebarang jawapan.
Jauh di sudut hati, penulis berharap kumpulan nasyid berkenaan tidak terlibat dalam kes ini tetapi mereka perlu tampil memberi penjelasan memandangkan kesemua mangsa telah membuat pendedahan.
Jangan sampai pecah tembelang, sekali orang tak percaya, sampai bila-bila pun orang takkan percaya! – Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment