Wednesday, December 7, 2011

SALIB PADA HADIAH LAMPIN PAKAI BUANG JENAMA TERKEMUKA.


ini mungkin bentuk geometri biasa yang kita lihat, tetapi pada hadiah lampin pakai buang itu ditambah satu lagi bentuk yang bernama 'Cross' kemudian diterjemah sebagai 'salib'.


Biadap...memang biadap apabila sensitiviti umat Islam di Malaysia ini diperkotak katikkan. Sering kali kita sering menjadi mangsa kerana membeli produk atau barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Memang ada penguatkuasaan tetapi? Kalau setakat denda, amaran, nasihat…..ingat boleh pakai ke? Kenapa pihak berwajib terlalu berlembut dalam isu ini. Rakyat sebenarnya boleh mempertikaikan kejadian seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak akan mencemarkan imej Malaysia sebagai negara yang kononnya Islam sebagai agama rasmi. Sepatutnya penguatkuasaan berkaitan agama adalah menjadi hal no. 1 sebelum perkara lain.

Pengguna diingatkan supaya berhati-hati apabila membeli lampin pakai buang kerana terdapat tanda salib diletakkan di bungkusan produk berkenaan. Pengguna, Mohd Zamri Md Desa, 31, berkata, seorang rakannya mengadu hal itu dan juga mengenai papan putih yang merupakan hadiah percuma apabila rakannya membeli lampin pakai buang jenama terkemuka.


Menurutnya, di belakang papan putih berkenaan tertera gambar berbentuk termasuk salib. Tindakan berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. Pihak berkenaan perlu bertindak untuk menyiasat perkara itu dan menghalangnya dari terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka kerana tidak menghormati agama rasmi di negara. “Tidak mustahil penjualan lampin pakai buang ini akan diperluaskan di seluruh negara jika pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang tindakan itu,” katanya.

Apa kata anda???

SUMBER

No comments: