Wednesday, December 14, 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DAPAT MAKI HAMUN RATUSAN REMAJA.

RATUSAN peminat drama Cinta Elysa marah dan memaki hamun Umno di laman Facebook rasmi drama bersiri popular itu.

http://1.bp.blogspot.com/-8i0aVC7Sokw/TtX9CRZMdeI/AAAAAAAADiY/dNKqPK0uQY0/s1600/cinta%2Balissa.png


Semua ini gara-gara tidak dapat menonton siri tersebut malam tersebut kerana stesen televisyen yang menayangkannya bertindak memberi laluan untuk siaran langsung Perhimpunan Agung Umno di PWTC.

Drama Cinta Elysa itu sepatutnya menemui peminat pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam di saluran TV3, tetapi oleh kerana pada masa yang sama juga berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011, maka TV3 memberi laluan untuk siaran langsung ucapan dasar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika itulah, para peminat yang sejak awal lagi menunggu siaran tersebut menjadi marah dan mula mengeluarkan kata-kata kesat serta maki hamun terhadap stesen televisyen tersebut dan juga Umno.

Semua itu dapat dilihat di laman Facebook rasmi Cinta Elysa

N'N:Mungkin diaorg tak tau TV3 UMNO yang punya..kah3.....Mungkinkah golongan remaja sudah sedar bahawa PAU adalah semata-mata wadah perkauman melampau dan merasakan lebih baik tengok drama drpd tengok pemimpin UMNO berDRAMA kah3....

SUMBER

No comments: