Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.
Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
“Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.
Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.
Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.
Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.
Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.
Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”
Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu?
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)
SUMBER
3 comments:
Saman je PDRM tu sebab main lepas tangan, pergi tanya peguam nak saman berapa juta. Yang peliknya tak bolehkan si inspektor hantar penyiasat ke sana?
Boleh mengadu pada Bukit Aman...
skrg apa citer kes tu ??
Post a Comment