Thursday, December 1, 2011

INI YANG TERJADI BILA SHAHRIZAT DISELAK HABIS-HABISAN. KITA LIHAT SAHAJA ADAKAH DIA MASIH BOLEH ANGKUH DAN BONGKAK LAGI.




Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:

1.Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.

2.Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.

3.Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).

Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ ,

petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1). Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).

Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

TARIKH NO CEK JUMLAH (RM)

8 Jan 2010 001376 1,524


13 Jan 2010 001406 1,709

26 Jan 2010 001465 28,476

24 Feb 2010 001540 12,743

24 Feb 2010 001543 3,076

9 Mac 2010 001587 22,400

9 Mac 2010 001590 26,572

9 Mac 2010 001592 5,776

31 Mac 2010 001671 45,428

22 April 2010 001735 27,853

13 Mei 2010 001789 45,235

25 Mei 2010 001825 3,196

18 Jun 2010 001848 120,521

16 Julai 2010 001922 89,800

16 Julai 2010 001923 21,114

JUMLAH 455,423


Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?


Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 NOVEMBER 2011
sumber

2 comments:

aku budak klang said...

kita tungguuuuuu....tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya...ibarat air didaun keladi (nyanyi ikut irama lagu deloyd )he he he..

Anonymous said...

memang berani. tak takut. penyorak ramai. kita yg tengok ni takut..kebebalan beramai2.