Saturday, December 17, 2011

IDEA GERAKAN NI SEBENARNYA BERITA BURUK BUAT KATAK-KATAK SEPERTI ZUL KULIM, IBRAHIM ALI & GENG2 KATAK MEREKA.

Pilihan Raya Semula Jika Wakil Rakyat Lompat Parti

Pilihan Raya Semula Jika Wakil Rakyat Lompat Parti


GEORGE TOWN – Gejala wakil rakyat yang melompat parti perlu ditangani bagi memastikan hak untuk memilih kerajaan terletak ditangan pengundi dan bukannya pada wakil rakyat terbabit.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Parti Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh berkata, perkara itu juga perlu ditangani bagi memastikan suasana politik yang lebih stabil dan mengelak berlaku rampasan kuasa.

“Kita tidak mahu berlaku cubaan merampas kuasa seperti peristiwa 16 September lalu melalui tindakan melompat parti oleh wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini hari ini.

Justeru, kata Baljit(gambar), Gerakan Pulau Pinang mencadangkan supaya pilihan raya diadakan semula jika terdapat wakil rakyat daripada mana-mana gabungan parti politik yang melompat parti ke gabungan parti politik lain.

Bagaimanapun, jelasnya, pilihan raya semula tidak perlu diadakan jika wakil rakyat melompat ke parti yang berada dalam gabungan parti politik yang sama.

Selain itu, katannya, pihaknya turut mencadangkan supaya wakil rakyat yang melompat parti bertanding semula mewakili parti baru yang disertainya di kawasan yang sama.

sumber:mynewshub.my

No comments: