Friday, December 2, 2011

BILA ADA SYARIKAT MUSLIM YANG HEBAT ADA PULA YANG NAK SABOTAJ. SILA BACA.



PENAFIAN OLEH KUMPULAN SYARIKAT RAMLY BERKENAAN DNA BABI PADA PRODUK MEREKA.


Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

3 comments:

TaTJ said...

Kadang2 beginilah hidup Syeikh,lumrah hati yang busuk...orang xbleh tengok sesorg tu senang...kita pn xthu yg sebetulnya/sebaliknya...ni main tuduh macam b-end lah jugak Syeikh...dulu, kini & selamanya!

Abu Amir said...

Kita mesti sokong produk RAMLY milik muslim sepenuhnya dari fitnah. Pemiliknya merupakan usahawan bumiputra sebenar bukan umnoputra. Kerja fitnah ini kadang kala dibuat oleh pesaing utk menjatuhkan pesaing yg telah berjaya terutama usahawan muslim.

Semoga Allah lindungi RAMLY dari fitnah dan hasad dengki, Ameen.

AnEeP said...

Teringat waktu blajar kt luar negara, antara makanan yg drindukn adalah burger ramly. Sokong syarikat yg mjaga halal haram!!