Tuesday, November 22, 2011

Mengapa Datuk Saifuddin Tim.Menteri Pelajaran masih Belum Nampak Yang UMNO/BN Semahu-mahunya Mahu Memperbodohkan Mahasiswa.

http://www.techistan.com/wp-content/uploads/2010/06/Datuk-Saifuddin-Abdullah_Deputy-Minister-of-Higher-Education-300x281.jpg

MPP pelik UIA batal majlis guna alasan AUKU, ‘kasihan nasib Saifuddin’

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa terkejut dengan pembatalan majlis diskusi e-buku saat-saat akhir, yang sepatutnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam tadi, sambil berkata, pusat pengajian tinggi seharusnya menjadi tempat menggalakkan dialog-dialog kritikal.

Presidennya Mohamad Iqbal Ab Wabab berkata, pihaknya juga tertanya-tanya jika Datuk Saifuddin Abdullah selaku penyandang jawatan dalam kerajaan dan ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri menghadapi nasib itu, “bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain.”

“Saya kasihan, simpati dengan beliau apabila mendengar apa yang terjadi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar majlis Datuk Saifuddin dibatalkan malam tadi dan ditangguhkan ke hari lain, tetapi saya difahamkan ia ada kaitan dengan isu Akta Universiti dan Koleh Universiti (AUKU).

“Pun begitu, saya akan menghubungi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar lewat hari ini untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat selanjutnya,” kata beliau sambil menambah, “kita tahu bahawa Datuk Saifuddin sebelum ini melahirkan pandangan menyokong Seksyen 15 AUKU dimansuhkan.”

Sehubungan itu, Mohamad Iqbal berkata, universiti seharusnya membenarkan pendapat yang berlainan dan menghormati pandangan yang berbeza.

“Tindakan membatalkan acara seperti ini pada saat-saat akhir sebenarnya menjejaskan nama baik universiti.

“Lagi pun kalau universiti tidak mahu membenarkan, pihak penganjur seharusnya dimaklumkan lebih awal, saya dapat tahu pelajar-pelajar terbabit sudah membuat persiapan sejak dua minggu lalu,” katanya lagi.

Tambah beliau perkembangan tersebut juga menimbulkan tanda tanya di kalangan pelajar apa sebenarnya berlaku sehingga program malam tadi dibatalkan.

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti,” katanya lagi semasa diminta mengulas laporan bahawa Saifuddin, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila UIA membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.

UIA didakwa membatalkan majlis itu atas alasan isu menyentuh AUKU masih panas dan tidak mahu mewujudkan masalah.

Saifuddin juga merupakan antara ahli politik yang lantang menyuarakan pendiriannya berkaitan dengan isu UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika beliau disiasat universiti itu bulan lalu.

Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk “Kalau Saya Mahasiswa” sempena program anjuran Persatuan Undang-Undang UIA.

“Tetapi, pada saat-saat akhir, program tersebut dibatalkan dan ditangguh sehingga ke tarikh yang lain,” kata Saifuddin.

“Saya difahamkan mengenai keputusan itu apabila pembantu saya ke UIA petang tadi (semalam) untuk meninjau persiapan akhir.

“Tetapi dimaklumkan bahawa majlis saya dibatalkan, dimaklumkan oleh Timbalan Rektor HEP UIA (Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood),” katanya.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menambah, beliau mendapat maklumat daripada Nik Ahmad Kamal bahawa pembatalan itu adalah atas arahan rektor universiti.

“Alasan pembatalan ialah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.MI

N'N: Aku memang respek kat Datuk Saifuddin Tim.Menteri Pelajaran tapi aku tak nampak dia boleh pergi jauh dalam UMNO kerana UMNO sememangnya mahu mahasisiwa buta politik.

No comments: