Tuesday, November 22, 2011

INI YANG TERJADI BILA PENYOKONG INDONESIA MASIH TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN YANG MALAYSIA KALAHKAN MEREKA DITEMPAT SENDIRI.

Kalah bola Indon godam satu lagi laman web Malaysia!

SEBELUM ini laman web Malaysia di alamat pas.com.my menjadi mangsa perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [PAS]

Dilihat kerana tidak berpuas hati akibat kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Harimau Muda malam tadi, individu yang dipercayai penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Indonesia bertindak menggodam laman web Malaysia.

Laman web harianmalaysia.my berjaya digodam oleh individu tidak bertanggung jawab tersebut. Laman itu memaparkan mesej ringkas bertulis "maap korannya w tutup bangsat,,, w jamin kgak bisa pulang pemain malingsial.. !!!! ewe by dyaz".

Meskipun Indonesia mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat secara keseluruhan, namun kekalahan pasukan bola sepak mereka ke atas Malaysia dilihat tidak dapat diterima.

Meskipun pelbagai tindakan provokasi ditimbulkan oleh penyokong Indonesia untuk melemahkan pemain-pemain Harimau Muda, Stadium Gelora Bung Karno malam tadi menyaksikan Garuda tersungkur di gelanggang sendiri.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOwRxILIysucWFF-RzKj_OYa299p1Ply0_aqN-a-4ZaHOPaHxcn5gldPoOkH_5JmTP7xLsWB6v1Ca3sr25aqhGFASnyQSbmWtOCAE73J07B86URETv2mMDA7OOkO4H6_KXKB1WOWeqzBo/s1600/IMG_1280.PNG



Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir masa tambahan.

Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.


SUMBER

N'N:Terima jerlah hakikat pertandingan yang pasti ada kalah dan menang dan kenyataannya Indonesia KALAH dengan Malaysia....Balasan atas kebongkakkan penyokong Indonesia....

No comments: