PR nak bagi RM500 depa nak suruh kerja 9jam.. mana satu pilihan kalbu..??
PAS tak setuju guru kerja sembilan jam
PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.
pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.
“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.
Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.
azlanSambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.
Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
Bawa kerja balik rumah
"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.
“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.
missionary school 241207 students“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.
Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.
Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.
Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.
1 comment:
guru boleh kerja ikut time macam orang lain. tak kasihankah anda kepada pengawal keselamatan? setiap sekolah pun ada pengawal. mereka tu kerja bukan lapan, sembilan jam, tgapi 12 jam, ada yang 24 jam, tak tidur. macam jentera petrol dibuatnya. untuk sama rata elok guru merasa kerja lebih masa, bukan over time, tapi kerja macam orang lain juga supaya tidak timbul perasaan pandangan berat sebelah terhadap guru. orang akan anggap guu terlalu istimewa, tengoklah semua orang nak jadi cikgu, sebab kerja senang, cuti dan masa bertugas pendek. kalau ada cikgu kata dia sibuk, itu alasan, saya berani komen kerana saya pun bekas guru, memang dari dulu saya rasa masa bertugas kaum guru patut dilajakkan, kalau kerja sekerat hari apa yang guru nak buat? bukan semua guru aktif. ada yang suka habiskan masa. perlu dicuba dulu. memanglah kaum guru dianggap penting dalam politik Umno, sebab ramai guru undi dia, tapi zaman dah berubah. kita kena fokus kepada semua orang, jangan kepada guru sahaja. jika terlalu tumpu kepada guru, orang yang bukan guru bagaimana? tentu mereka terasa hati juga seperti diabaikan, atau masyarakat tak peduli. jangan fikir soal jasa, semua orang berjasa, pak mat kutip sampah pun berjasa, tukang sapu di lantai LRT pun berjasa, aneh juga jika orang hanya pandang guru sahaja yang berjasa, tentulah orang lain tak sedap hati. begitu orang kata artis banyak berjasa, jasa apa yang orang pertikaikan. jasa menyanyi? jasa berlakon? semua itu sudah dibayar tunai. ia tidak lebih daripada kedangkalan kita menanggapi profesyen seseorang dari kacamata budayawan. jadi, jangan fokus pada guru sahaja, jika perlu mereka perlu diberi beban lagi gunanya agar orang sedar, janganlah mohon jadi guru setelah tamat pengajian di universiti, sekarang ramai lulusan universiti nak jadi guru, nak kejar prestij, nak kejar nama baik, kalau dah cikgu tu, cikgu juga. budak kaki fit bawah jambatan tu kita panggil Dr. orang tangkap orang kita panggil cikgu juga, jurulatih sukan pun cikgu juga, yang huha-huha tu kita panggil cikgu juga.
Post a Comment