Monday, November 7, 2011

ANDA SAKIT TELINGA? HATI2 TELINGA ANDA MUNGKIN ADA SARANG SEMUT SEPERTI GADIS INI:

http://1.bp.blogspot.com/-w2PptS-1jwo/TYmF6sS7xQI/AAAAAAAABaA/Zw4ww19Cs0U/s1600/ant%252Bear.jpg

TAIWAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tidak menyangka yang telinga kanannya ditumbuhi sarang semut. Sebelum ini dia memang selalu mengalami rasa sakit di bahagian telinganya tetapi tidak pernah terfikir kesakitan tersebut adalah disebabkan kewujudan sarang semut di dalam telinganya.


Disebabkan kesakitan itu, gadis berkenaan telah berjumpa dengan doktor. Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa terdapat ketumbuhan sarang semut di dalam telinganya. Sarang semut tersebut disahkan dihuni oleh puluhan semut.

Dr Yuan-Tsung Hung, Ketua Bahagian Otolaryngology Taipei City Hospital, telah mengesahkan bahawa terdapat lebih 20 semut yang hidup di dalam telinga kanannya. Semut Rayapan juga muncul dari dalam telinga kirinya.

Doktor berkata, punca penyakit itu mungkin diakibatkan oleh sekumpulan semut yang bersarang di sekitar tilamnya. Gadis berkenaan mungkin sedang tidur sehingga tidak menyedari pergerakan semut itu ketika masuk di dalam telinganya. Bagaimanapun, beliau agak bernasib baik kerana jangkitan itu tidak sampai ke bahagian gegendang telinganya.

Semut yang bersarang dalam telinga gadis ini juga ada kaitan dengan makanan kegemaran beliau. Secara kebetulan, beliau sangat gemar memakan gula-gula di atas tilamnya. Beliau sendiri mengakui seringkali melihat makanannya menjadi sasaran semut tetapi, dia tidak pernah terfikir semut yang mengerumuni makanannya sudah merangkak dan menginap di telinganya.

Sumber

N'N:Mak aku cukup pantang orang makan atas tilam...Patut pun.....

No comments: