Friday, November 11, 2011

Aku Macam Tak Percaya Ada Jugak Orang Islam Yang Jadi Tentera Israel Laknatullah.




Percaya atau tidak, terdapat tentera israel yang menganuti agama islam. Mereka ini walaupun islam tetapi mempunyai kerakyatan israel.

Ini adalah disebabkan mereka lahir di israel. Bukan semua penduduk israel adalah yahudi semata-mata. Jangan cepat salah sangka dan mempunyai andaian yang negatif terlebih dahulu.

Mereka berkhidmat sebagai tentera di israel adalah atas nama sayangkan negara. Mereka mahu israel di iktirafkan oleh dunia antarabangsa. Susur galur dan sejarah israel adalah sangat rumit dan sukar untuk dimengertikan jika pembacaan kita tidak menyeluruh.

Andai seumur hidup kita, dihabiskan untuk membaca sejarah-sejarah terdahulu belum tentu kita boleh menguasai sepenuhnya.


Memang benar, orang islam yang menjadi tentera kepada israel ada yang bermotifkan duit semata-mata. Di israel, rakyat mereka yang pernah membantu mempertahankan negara dengan mudah akan beroleh pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Malahan mereka juga dengan mudah mendapatkan pekerjaan.


Namun, saya sama sekali tidak setuju jika kita menghukum mereka terlalu cepat. Meskipun ada di antara mereka membunuh umat islam di palestine, tetapi cuba kita tanya diri kita terlebih dahulu, satu soalan yang penting.

Adakah kita sendiri sememangnya adalah seorang pejuang islam yang tulen? Kalau ya, apa buktinya? Daripada pakaian kita, makanan kita, kehidupan kita, kita dilingkari israelian dan yahudism dari segenap segi dan sudut.

Adalah hipokrit jika kita mengkritik mereka sebagai pembunuh umat islam, sedangkan kita juga adalah penyumbang dari segi dana/modal kepada syarikat2 israel, yang mana hasil dan keuntungan yang mereka perolehi, mereka salurkan kepada negara mereka iaitu israel untuk membeli senjata dan membuat kajian demi kajian samada dari segi sains dan kelengkapan, serta latihan ketenteraan, kita adalah pembunuh saudara-mara kita di sana. Akuilah .. mereka dan kita adalah sama sahaja..


Jangan lupa, penasihat bagi pemimpin kita juga adalah datang dari negara israel. Kita juga ada hubungan diplomatik -halusinasi- dengan israel.

Tak nampak di mata masyarakat, cuma pemimpin2 atasan kita sahaja yang tahu sejauh mana hubungan itu terjalin. Ada di antara kita mengatakan ianya sia2 untuk boikot barangan dari israel. Saya terpaksa setuju. Memang sia2 kalau hanya kita yang boikot tetapi pemimpin2 kita tidak memboikot. Kita, umat islam dan rakyat malaysia sudah mampu membina jenama yang baik. Kita sudah mampu memiliki jenama makanan segera yang baik dan berkualiti tinggi.

Apa salahnya jika kerajaan kita memperluaskan lagi francais untuk product2 HPA yang sememangnya terbukti halal lagi suci? Malahan membantu menaiktarafkan ekonomi orang islam.. ? Ini tidak, kita buka ruang untuk coke bina kilang disini.


Baguslah tue, pada hari ini, kita semua telah berganding bahu meminum darah2 saudara palestine kita. Mungkin ada di antara kita yang bangga. Mungkin ada yang di antara kita yg cuba untuk menafikan nya. Tetapi kita tak boleh menipu hakikat sebuah kebenaran.

Sumber

N'N:Aku tak setuju dengan pendapat yang membolehkan ummat Islam menjadi tentera Israel laknatullah, kerana Isreal itu adalah negara haram yang ditubuhkan daripada darah ummat islam Palestin...Sampai bila2 pun aku tidak akan mengiktiraf sebuah negara haram yang bernama Israel Laknatullah, bukan kerana mereka Yahudi tapi kerana mereka Israel Zionis Laknatullah...Dan aku tak bersetuju dengan penulisan diatas sama sekali...Zionis Israel tetap haram dan laknatullah dan orang yang menyokong mereka adalah bersubahat...

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

negara2 arab dulu ramai juga sekutu zionis secara tak langsung membunuh saudara sendiri

batu pelangi/BZ said...

Di negara kita sendiri UMNOYAHUDI disub-conkan untuk 'camouflage' tindakan mereka.Cuba kita imbas isux
besar yang melibatkan penyelewengan,
rasuah,salahguna kuasa,pengeluaran
wang keluar negara dll.Semuanya telah
direport kepada POLIS,SPRM dan PEGUAM
NEGARA juga mengetahuinya tapi apa
tindakan yang diambil???Sebab itu
bila kita berkawan dengan YAHUDI maka kita pun akan jadi seperti
Israel Laknatullah!!!!Jahanam
negaraku jika diberi mandat lagi
pada UMNOYAHUDI ini!!!!