Thursday, October 13, 2011

PERCAYALAH TANPA HUDUD PEROGOL DI MALAYSIA SUDAH SEKRONIK INI:TIDAK PERNAH SERIK DIPENJARA KERANA MEROGOL, DATUK UPAH AYAM GORENG SELEPAS ROGOL CUCU.

http://3.bp.blogspot.com/-1yy_zDUJyPc/TVSFJqFGPwI/AAAAAAAAAy8/_3FjOc1OkOY/s1600/1.jpg
Yang ni kes berlainan tapi yang hebatnya datuk lahanat ni rogol cucunya didalam kandang lembu.

Kulim - Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah.

Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya.

Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya.

Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat.

Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya.

Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol.

“Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. -SH

N'N:Perogol cukup benci Hukum Islam mereka lebih selesa dengan lord reid.....Marilah-mari kita merogol cucu,anak,awek dll kalau kantoi pun bukan mati he3....

1 comment:

Anonymous said...

Jenayah makin ganas, akhlak dan moral makin terkoyak. Hudud perlu dilaksanakan di Malaysia.