Thursday, October 6, 2011

PENGAJARAN BUAT ARTIS2 MELAYU SUPAYA LEBIH BAIK DIAM JIKA TIDAK TAHU TENTANG SESUATU HUKUM.

Pelakon Enot Meminta Maaf Terhadap Kenyataan Berkaitan Hukum Hudud

http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/ImagesLama/ceritapix/12enot.jpg
Enot dikecam teruk

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, semalam.

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian sebentar tadi, Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. Ikuti kenyataan selanjutnya dalam akhbar Sinar Harian esok.

Berikut adalah kenyataan Enot yang mengundang cemuhan orang ramai:

“Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan,tapi rasanya ia tidak lagi sesuai,malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hulum hudud dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan kaki dan sebagainya.Bagaimanapun,semua ini tidak menjamin mereka insaf sepenuhnya.”

Nauzubillahiminzalik.....

N'N:Lebih baik diam dan jangan buat-buat pandai tentang sesuatu Hukum Allah S.W.T. Inilah yang Tun Dr.Mahathir bangga-banggakan apabila Artis2 Melayu2 mengikut jejak langkahnya mengatakan Hudud tidak sesuai.......

Bagi yang masih samar-samar tentang Hudud eloklah dengar penjelasan ini:

4 comments:

Anonymous said...

hukum yg mudah seperti tutup aurat pun diingkarinya inikan hukum hudud yg ia sendiri jahil tentangnya,tengok rupa cukup segak macam bulan penuh aku pun berkenan kalau belum kahwin teringin juga nak ambil sebagai teman hidup oleh kerana jahil agama aku tarik balik keinginan ku itu.

MOH KEMBARA said...

Salam,

Sekurang2nya dia dah mohon maaf, dan harap2 bertobat. Artis2 yg lain camner?

Mohd Firdaus said...

lain kali fikir dul sblum ckp...jgn main lps je, bnde cmni kena ade ilmu kalau nk ckp...

New entry: Adakah Ini Rupa iPhone 5??

garagaikareng said...

Bukan sekadar minta maaf kat kita orang, kena taubat pada Allah swt sama, pasai yg hang kondem tu bukan hukum @ undang-undang ciptaan kita orang, itu hukum HUDUD, ciptaan Allah, bila dah kondem ciptaan Allah bererti MEMPERKECILKAN Allah, sedangkan perkataan yg mula dilaungkan ketika pembukaan kota makkah ialah "ALLAHU AKBAR" (Nabi saw telah memerintahkan Bilal naik kemenara untuk melaungkan azan), bila masuk waktu nak solat, azan dikumandangkan, kalimah yg mula-mula disebut juga "ALLAHU AKBAR", ketika mengangkat takbiratul ihram juga dgn kalimah "ALLAHU AKBAR", apabila bayi dilahirkan juga kita dituntut memperdengarkan kalimah "ALLAHU AKBAR" (azan & qamat) dan banyak lagi awal perkara diperdengarkan dengan kalimah "ALLAHU AKBAR". semuanya itu menandakan hanya ALLAH yg maha besar, tidak ada sekutu baginya. Oleh itu saya berpendapat cik Enot perlu BERTAUBAT.