Friday, September 9, 2011

Wajib Baca:Teori Mengapa Mat sabu Dan Mat Indera Tiba-tiba Popular.

UMNO sedaya upaya akan mencari apa sahaja isu untuk menutup kerja kotor mereka. Mereka akan meneliti semua ceramah-ceramah atau apa sahaja kenyataan pemimpin PR semata-mata untuk menutup kerja kotor mereka ini yang dibantu dengan jayanya oleh pencacai mereka SPR. Baca dan fahami apa isu yang sebenarnya yang berlaku sehingga Mat Sabu dan Mat Indera tiba-tiba sahaja menjadi popular diseantero Malaysia.

Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.

Ini buktinya:

http://4.bp.blogspot.com/-iOoAOLxBGeE/TmjamFP16RI/AAAAAAAAEQc/MjNaGVPzlps/s1600/MYKAS-hasmidah_surahbil.jpg


Ini pula adalah contoh Mykas:
http://2.bp.blogspot.com/_Iv8T_agrN4Q/S-INaWxco2I/AAAAAAAAAdw/Wk0hyWq1FDc/s400/mykas1.jpg
sumber

N'N: UMNO raja sandiwara.....

No comments: