Wednesday, September 7, 2011

SETAKAT MUAT TURUN BORANG DAFTAR UNDI, BUDAK TADIKA PUN BOLEH BUAT. KAMI MAHU DAFTAR UNDI AUTOMATIK!!!

Daftar Pemilih : Rakyat mahu pendaftaran automatik bukan setakat muat turun borang


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) semalam mengambil langkah membenarkan sistem di mana sesiapa sahaja boleh memuat turun borang pendaftaran pemilih melalui laman webnya. Sistem ini membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan borang tersebut. Walaubagaimanapun borang tersebut tetap perlu diisi dan dihantar secara manual kepada SPR atau mana-mana pusat pendaftaran.


Tindakan SPR ini sebenarnya tidak banyak membantu rakyat membuat pendaftaran kerana masalah utama yang berlaku ialah mereka tetap terpaksa pergi untuk membuat pendaftaran di pejabat SPR atau mana-mana tempat pendaftaran seperti Pejabat Pos.

Apa yang didesak oleh rakyat selama ini ialah pendaftaran secara automatik berdasarkan maklumat dan pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita tidak faham mengapa SPR begitu liat untuk memperkenalkan sistem pendaftaran secara automatik sedangkan kerja mereka akan lebih mudah dan cepat dengan 'link' yang diperolehi dari JPN. Dengan sistem ini 100% rakyat yang layak akan didaftarkan dan tidak banyak wang rakyat dihabiskan untuk elaun Penolong Pendaftar, kos borang, kos operasi dan sebagainya.

Mengapa SPR begitu degil dan tidak mahu membuat perubahan secara menyeluruh terhadap sistem pilihanraya negara kita khasnya dalam isu pendaftaran pemilih secara automatik. Ini yang menimbulkan syak wasangka dan tandatanya.-MUTALIGAT

No comments: