Sunday, September 11, 2011

Pelik Tapi Benar:Tangan Terputus Disambung Pada Kaki!!!

Ming Li (9) putus tangan kirinya apabila ianya digilis oleh sebuah jentolak. Ming yang dari Zhengzhou, Provinsi Henan, digilis jentolak ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Ketika tiba di hospital doktor mendapati lengan kirinya cedera teruk. Oleh kerana itu doktor merasakan jika mereka hendak menyelamatkan tangan kiri yang putus, mereka harus menunggu sehingga lengan kirinya pulih sedikit. Sementara menunggu ianya pulih, tangan yang putus tadi disambungkan ke kaki kanan selama 3 bulan.

Selepas tiga bulan doktor menyambung semula tangan yang putus tadi dan kini doktor percaya dengan latihan fisioterapi Ming Li bakal kembali normal.





Sumber:Blogserius

No comments: