Tuesday, September 13, 2011

Jins Shamsuddin Kata' Saya tak buat filem Bukit Kepong ikut ‘selera’ UMNO' .Aku Pulak Nak Tanya Kenapa Dia Takut Berjumpa Abdullah CD?

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.

Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).

Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins. Selanjutnya



N'N:Kalau betul filem itu dibuat mengikut fakta mengapa Jins Shamsuddin harus takut bertemu Abdullah CD.

Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini.

Persoalannya sekarang mengapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno? Selanjutnya

No comments: