dunstable downs merupakan tapak rekreasi popular festival layang-layang
Mangsa yang berusia 27 tahun itu dinyatakan meninggal setelah helikopter ambulans dipanggil ke tempat kejadian di Downs Dunstable di Bedfordshire, tempat kebiasaan bagi keluarga dan pejalan kaki.
Paramedik berkata pemuda tersebut menderita patah tulang dibeberapa bahagian tubuhnya termasuk bahagian pinggul dan kaki, setelah seorang saksi melakukan panggilan kecemasan.
Pemuda malang tersebut dikatakan juga mengalami serangan jantung akibat kecelakaan mengerikan itu dan sedang diselidik oleh Polis Bedfordshire.
Tidak pula diketahui apakah jenis layang-layang yang dimainkan oleh mangsa , tapi kemungkinan merupakan sebuah layang-layang kanopi yang dikatakan mampu mengangkat seseorang ke udara.
Seorang juru cakap untuk Ambulans kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa itu sudah meninggal dunia .
Juru bicara itu mengatakan bahawa mereka mendapatkan panggilan pada pukul 01:25 waku setempat, yang melaporkan seorang pemuda jatuh dari ketinggian 50kaki (15 meter) dari udara semasa bermain layang-layang.
“Pemuda itu menderita cedera yang parah dan dikatakan turut mengalami serangan jantung,”
Ketika ini pemuda yang masih belum diketahui identitinya tersebut, berada di bilik mayat untuk dilakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Umum mengetahui, Dunstable Downs adalah tapak rekreasi popular untuk festival layang-layang.
Sumber : dailymail
Kredit:Manotoday
No comments:
Post a Comment