PERMATANG PAUH, 21 Ogos: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Perdana Menteri Turki, Resep Tayyip Erdogan kerana menjadi pemimpin dunia Islam pertama sanggup melawat kesengsaraan rakyat Somalia yang sedang dilanda kebuluran.
(Erdogan bersama isterinya dan Presiden Somalia, Sheikh Sharif Ahmed melawat mangsa kebuluran di Somalia)
Baginya, usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Turki itu merupakan langkah awal untuk membuktikan pemerintahan dunia Islam juga bersimpati dengan mala petaka yang melanda Somalia sejak dulu.
Justeru itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut kesal kerana dunia Islam memiliki kekayaan samada individu mahupun negara tetapi masih kedekut untuk menyumbangkan kepada Somalia sebgai bakti atas rasa kemanusiaan.
Erdogan dan isteri Emine melawat Somalia yang sedang dilanda kebuluran Jumaat lalu dan berjanji akan memberikan bantuan untuk meringankan beban rakyatnya.
Erdogan juga berjanji akan membuka semula kedutaannya di negara itu.
"Saya sendiri rasa malu dengan kenyataan Perdana Menteri Turki yang kesal dunia Islam masih jauh untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia yang sedang bertarung nyawa untuk mendapatkan makanan seharian, " jelasnya.
Tanya Anwar, di manakah kekayaan dunia Islam selama ini adakah digunakan untuk bermegah-megah atau sekadar memenuhi poket sendiri.
Di Malaysia pun ramai yang kaya raya terutamanya kepimpinan Umno tetapi adakah mereka memikirkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menderita.
"Kebanyakan daripada mereka asyik berpoya dengan kemewahan dan kemegahan. Mana boleh menyalurkan peruntukan kepada mereka yang daif termasuk rakyat Somalia yang bakal maut pada bila-bila masa sahaja, " terang Anwar pada majlis sumbangan fakir miskin Parlimen Permatang Pauh di hadapan masjid Kubang Semang semalam.
Seramai 490 sumbangan wang dan poskad raya disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Datuk Mansor Othman serta Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain.
N'N:Mungkin Najib Dan Rosmah hanya pergi melawat negara-negara yang kaya, lagipun di Somalia tak ada Gedung Membeli Belah kut......
No comments:
Post a Comment