Wednesday, August 10, 2011

PIHAK YANG MENJAGA WANG ZAKAT DI MALAYSIA WAJIB BACA INI:

Yahya Ibn Said rah meriwayatkan bahawa Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah melantiknya memungut zakat di Afrika. Apabila zakat telah dipungut, beliau mencari asnaf (orang yang berhajat kepada zakat)tetapi beliau gagal menemui satu orang pun asnaf zakat.Beliau seterusnya berkata bahawa dasar-dasar iqtisad Umar Ibn Abd.Aziz r.a telah membuat semua orang cukup keperluannya, dan dengan itu beliau tidak ada pilihan kecuali membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakannya bagi pihak kaum muslimin amnya.

Seorang lagi daripada Quraisy meriwayatkan bahawa semasa pemerintahan Umar yang amat singkat, orang ramai biasa mengeluarkan jumlah zakat yang banyak kepada Bendahari Negara untuk diagihkan kepada fakir miskin, tetapi zakat tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada mereka kerana tidak ada asnaf yang ditemui yang berhak menerima zakat tersebut. Beliau berkata bahawa setiap orang telah begitu makmur pada zaman Umar sehingga tidak ada orang yang berada di dalam kesusahan sehingga memerlukan kepada bantuan zakat.

Selain daripada kemakmuran rakyat (yang sebahagian maksud kepada Kerajaan Islam)perubahan yang lebih penting yang dicapai oleh Umar ialah perubahan di dalam kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Orang-orang sezamannya meriwayatkan bahawa apabila beberapa orang kawan bertemu pada zaman Khalifah Al-Walid, mereka akan berbicara mengenai bangunan dan seni bina, kerana itulah keasyikan Al-Walid. Khalifah Sulaiman pula berminat kepada perempuan cantik dan majlis makan yang besar-besaran, maka itulah yang menjadi keasyikan rakyat jelata pada zamannya.

Sebaliknya di dalam pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abd.Aziz, perbualan rakyat jelata berkisar kepada soal solat, munajat, doa dan ibadat. Hasilnya setiap kali orang-orang berkumpul, mereka akan seringkali bertanyakan persoalan solat-solat sunat yang dikerjakan untuk menafaat rohaniah, juzuk-juzuk Al-Quran yang telah di baca atau yang telah di hafaz, puasa yang dikerjakan setiap bulan dan lain-lain amal taqwa.Ini dikeranakan Umar Ibn Abd.Aziz cenderung dan asyik kepada amalan taqwa.SUMBER

N'N:Yang peliknya di Malaysia ini ialah orang yang miskin tegar terlampau ramai tapi wang Zakat pula gagal diagihkan...Pelik tersangatlah pelik.....Sampai ummat Islam yang terdesak terpaksa dibantu pihak Gereja....Nak salahkan siapa dalam isu ini....Ini yang buat aku malas nak bayar zakat dengan Kerajaan Negeri tapi nak bayar zakat sendiri kepada orang yang memerlukan, apa pendapat korang?

3 comments:

Anonymous said...

saya dah lama amalkan, bayar zakat cara sendiri.

Anonymous said...

Rasanya cara begitu lebih baik untuk golongan yang memerlukan.

Na'im Nikmat said...

Kalau orang yang diamanahkan untuk mengagih wang zakat itu gagal laksanakan amanahnya saya rasa tahun ini saya bayar zakat secara direct untuk golongan asnaf.