Thursday, August 11, 2011

GAMBAR MANUSIA MENGAKU NABI KAHWIN DENGAN 78 ORANG ISTERI, KEMUDIAN DIPENJARA SEUMUR HIDUP KERANA NAFSU BUASNYA..







Gambar isteri-isterinya.




Warren Jeffs ialah ketua kepada Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints yang mempunyai 10 000 orang pengikut. Ianya pecahan kepada kepercayaan Kristian Mormon yang membenarkan penganutnya berpoligami. Tetapi Warren Jeffs juga mengaku dirinya seorang nabi. Sebagai seorang nabi yang dipilih oleh Jesus, beliau harus mempunyai ramai isteri bagi mempercepatkan jumlah penganut ajaran agama beliau. Seperti mendiang bapa beliau yang juga seorang poligamis (dan bekas ketua gereja yang sama), Warren mengahwini berpuluh orang wanita dari kalangan penganutnya sendiri.


Kepercayaan beliau akhirnya membawa padah apabila pihak berkuasa Texas melakukan serbuan terhadap perkampungan mereka yang dipanggil Yearning For Zion. Pihak berkuasa kemudian mendapati terdapat gadis semuda 15 tahun mengandung. Gadis ini dikenal pasti sebagai salah seorang isteri kepada Warren Jeffs.


Warren kemudian ditangkap atas kesalahan merogol statutari gadis dibawa umur. Setelah waran geledah dikeluarkan mereka menjumpai rakaman audio dimana Warren boleh didengar memberi tunjuk ajar kepada seorang kanak-kanak berumur 12 tahun tentang bagaimana beliau mahukan seks oral dilakukan terhadap beliau. Menurut Warren jika dia enggan melakukan felatio, tuhan akan marah. Didalam bangunan gereja pula pihak berkuasa memjumpai bilik khas kegunan beliau siap dengan katil.


Pihak pendakwaraya dapat membuktikan beliau mencabul dua orang kanak-kanak berumur diantara 12 dan 14 tahun. Mereka juga menggunakan ujian DNA bagi membuktikan Warren ialah bapa bagi yang dikandung seorang gadis berusia 15 tahun. Oleh sebab itu beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda USD 10 000 atas kesalahan seksual beliau. Ketika dibicarakan Warren bertegas bahawa apa yang dilukannya tidak salah kerana ianya kehendak tuhan yang sudah tertulis didalam Injil versi Mormon beliau. Sepanjang tempoh pendakwaan beliau hanya memanggil seorang saksi bagi membuktikan beliau tidak bersalah. Saksi tersebut hanya pergi ke kandang soal jawab dan membaca ayat-ayat dari Injil yang menyokong tindakan Warren.Ketika menggulung hujah pendakwaan, penolong Peguam Negeri Texas berkata;

"Encik Jeff memiliki sebuah rumah besar dimana beliau menyimpan beratus gadis dan wanita untuk memuaskan nafsu seksnya. Negeri Texas juga mempunyai sebuah rumah yang besar dan disitulah beliau harus disimpan seumur hidup beliau"

Kredit:blogserius

N'N: Gila Seks punya ajaran sesat.

No comments: