Tuesday, August 2, 2011

PERANGAI PELIK MELAYU KITA DIBULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

Ini satu lagi perangai pelik orang-orang Melayu. Solat tarawih yang sunat itu langsung tak pernah ditinggalkan walaupun pun satu hari dibulan Ramadhan, tapi solat 5 waktu yang wajib dan menjadi kefardhuan pula langsung tak didirikan sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.

Ini ajaran mazhab mana? Mana yang lebih penting yang sunat atau yang wajib? Apakah ertinya membuat yang sunat tapi meninggalkan yang wajib langsung xder pointnyer seperti satu kerja bodoh...

Dalam contoh yang mudah, kita mengejar-ngejar satu kerja yang bayarannya RM 10 sehari berbanding satu kerja yang gajinya RM 100 sehari. Kan tidak bijak bertindak begitu?

10 comments:

Anonymous said...

Mereka menyembah Ramadhan.

Na'im Nikmat said...

Tepat sekali wahai saudaraku...

ISA said...

Salam Naim;

Itu yang gua namakan melayu hutan yang keluar dari hutan mengimarahkan masjid dalam masa 2 minggu ini... selepas itu mereka akan masuk ke hutan semula dan jumpa lagi pada ramadhan tahun depan...

hahaha...

(siang tadi gua terserempak dgn officemate lama, pompuan.. dah kahwin anak 4, tapi tetap seksi macam 15 tahun dulu, rambut warna kuning tuuuu... nanti2 gua nak publish dalam blog... hehehe... sebab dia kata dia pun puasa ramadhan beb... adooiiiyaaiii... senak ulu hati gua mendengarnya beb..)

Mohamadazhan.com said...

beramal tanpa ilmu..

bahtera hidup said...

mereka ni ahli sunat wal jumaat...hehehehe

madara said...

yang wajib sgtlah dituntut ntuk ditunaikan. malahan lebih baik pula dari yang sunat.

Tajul Muluk said...

Tanpa mendirikan solat Fardhu maka solat yang sunat itu sia-sia.

suahati said...

Ulamak dan ustaz2 melayu pun satu.....kempen bukan main lagi kuat supaya org ramai bertaraweh,surau dan mesjid sibuk nak memperluaskan ruangannya....tapi selepas Ramadhan mereka langsung tidak berusaha dan berkekmpen untuk mengajak dan berusaha untuk menentukan anak kariahnya datang utk solat berjamaah terutama setelah azan berkumandang disurau2 dan mesjid dimerata2 yg ada........

Inilah perangai melayu kita.....suka yg remeh dan yg tak bernilai tinggi.Mereka gemar kepada keseronokkan dan kemeriahan semata2......

Na'im Nikmat said...

Salam semua sahabat itulah yang dikatakan Islam Adat.

Salam Bro Isa,
Dapat dirumuskan yang member bro itu suaminya berideologi UMNGOK, betul tak? kah3.

Na'im Nikmat said...

Sebenarnya disinilah peranan Tazkirah semasa solat sunat Tarawih. Kita tahu masyarakat kita banyak yang masih jahil maka disaat mereka sedang memeriahkan Masjid inilah sepatutnya Masjid2 mengambil kesempatan untuk memberi Tarbiyah kepada mereka. Tapi kerana politik sempit UMNO mereka me ngharamkan Tazkirah.Tapi diSurau yang dipegang PAS Tazkirah masih berjalan Tahniah.