Soalan:
Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
N'N:Tak tahu bertanya...Luaskan ilmu Fiqh jangan sempitkan ia dan jangan terlalu taksub kepada sesuatu Mazhab. Kitakan Ahli Sunnah Wal Jamaah jadi kesemua pendapat Imam-imam Mazhab boleh diterima pakai sesuai dengan keadaan.
3 comments:
baru tahu.....huhu
na'im saya perpanjang dlm blog saya....tq
Salam idah,
Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu tentang bab ini. Saya dah dengar bab ini Ramadhan yang lepas di Radio IKIM dan agak terkejut jugak sebab kita diajar masa disekolah rendah dulu oleh ustaz&Ustazah yang korek hidung&telinga itu membatalkan puasa. Sebenarnya Usul Fiqh ini meluas cuma kita kena rajin bertanya dan dapatkan sesuatu dalil&nas tentang sesuatu Hukum. Bab cabang ini meluas dan tidak mengganggu persoalan pokok yakni Akidah.
Post a Comment