Friday, August 26, 2011

Kejam Dan Gila:Anak 5 Tahun Yang Tak Sengaja Rosakkan Televisyen Mati Kerana Dipukul Ibu Kandungnya

Kejadian menganaskan terjadi di kota New York. Seorang anak harus kehilangan nyawanya kerana dipukul oleh ibunya sendiri setelah ia tanpa sengaja merosak televisi ketika sedang bermain Wii.

Kim Crawford, 21, seorang wanita dari Bronx, didakwa telah membunuh anaknya sendiri, Jamar Johnson, 5 tahun. Johnson menemui ajalnya kerana trauma pukulan benda tumpul di dadanya.

Crawford mengatakan dia memukul anaknya kerana Johnson merosak televisyen ketika sedang bermain Nintendo Wii, jelas jaksa penuntut.

Crawford menampar Johnson di punggung dan perut pada tanggal 13 Juni 2011. Menurutnya saat itu dia memukul Johnson lebih keras daripada biasa dia memukulnya.

Setelah kejadian itu, Johnson muntah dan mengeluh sakit selama 5 hari kerana luka dalamnya menjadi semakin parah. Crawford tidak pernah membawanya ke rumah sakit kerana takut akan dipenjara.

Setelah melewati pemeriksaan yang berbelit-belit akhirnya sang ibu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh pengadilan setempat.


sumber

No comments: