Saturday, August 13, 2011

ISU MURTAD SAMA PENTING DENGAN ISU NEGARA SEDANG DIJUAL...

Disaat sedang heboh diperkatakan soal akidah ummat Islam yang semakin terpesong apakah langkah sewajarnya untuk kita ambil?
Ketahuilah bahawa UMNO telah gagal membendung gegala Murtad dan telah ramai ummat Islam di Malaysia yang telah Murtad. Persoalannya mengapa dan pihak mana yang lebih konsisten menentang gejala Murtad? Bagilah apapun jawapannya yang pentingnya bukan UMNO jawapannya. Lihatlah berapa ramai ummat Islam yang telah Murtad selama pemerintahan UMNO......

Selagi UMNO berkuasa selagi itulah tidak akan ada satu undang-undang yang akan digubal oleh UMNO untuk menghalang gejala Murtad dan terbukti sampai sekarang masih tiada......

Jangan jadi bodoh menyangka bahawa UMNO ambil kisah gejala Murtad ini. Yang penting bagi UMNO ialah cara untuk mengekalkan kuasa supaya mereka masih boleh bermaharajalela menyapu bersih khazanah dan kekayaan Negara.

Dan jika orang Malaysia menolak mereka jangan risau mereka ada cara lain untuk mengekalkan kuasa...

umno_patriot_rent_a_crowd.jpg (550×300)




Jangan biar warga asing tentukan keputusan p'raya

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong terkejut dengan pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar sebagai pengundi di beberapa kawasan utama negeri itu dalam sebuah akhbar harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang mendakwa jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan ke dalam satu-satu Dun dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional.

Abdul Wahid menyebut, daripada 5,006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di Dun Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

“Kami Perantau berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menyemak segera perkara ini dan tidak membiarkan keturunan asing menentukan keputusan sesuatu pilihan raya di negeri kita ini.

"Cukuplah peristiwa pilihan raya 2004 lalu yang mana keputusannya dipertikaikan oleh rakyat menyebabkan kewibawaan SPR tercalar teruk. (Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.

Menurut Suhaimi, rakyat Terengganu hanya perlukan satu pilihan raya yang bersih dan adil.

"Rakyat Terengganu telah matang dan mereka bijak menilai apa yang diperlukan demi masa depan negeri Terengganu yang dicintai," katanya.Harakahdaily

N'N:Macam biasa UMNO akan bermain dengan Isu Murtad untuk mengaburi mata Rakyat Malaysia......Jangan bertelagah sesama sendiri. Kerana semua masalah datangnya daripada UMNO dan jika kita mahu selesaikan masalah Murtad dikalangan Melayu kita kuburkan puncanya terlebih dahulu........

1 comment:

Yong said...

Kononnya Mismah muncul! Datang ke Malaysia usia 18 tahun pada tahun 1982. Terus dapat PR. Apa jasanya pada negara? Masuk akal ke?