Thursday, August 18, 2011

Cara Mudah Nak tahu Kedai Guna Pelaris Jin(sihir)

http://emansipasialkazim.files.wordpress.com/2011/06/satan.jpg
Sekadar hiasan aku pun tau macam mana rupa syaitan

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat"
( Al-Hijr: 42)

"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Assalamualaikum,salam blogger

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.

Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.


Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya :

Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :

"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu".

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Sumber:AnakMuaalaf

5 comments:

Unknown said...

Asa macam pernah baca je ayat tu"assalamualaikum dan salam blogger" patutlah N3 saya sebulan lepas.Tu ayat standard saya tu hahaha

n3 saya ni sebulan yang lepas saya posting,hehe.
saya dapat maklumat ni dari kuliah ustaz ismail kamus lepas tu tambah sikit maklumat dari blog ustaz zaharudin.

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/07/cara-mudah-nak-tahu-kedai-guna-pelaris.html

Na'im Nikmat said...

Salam Sahabat,
He3 rasa kak Leha ambik ni dari akhilah kut :-)

Unknown said...

assalam...nk tnya...kenapa ya kita xbole makan kat kedai yg guna pelaris mcm tu?

Na'im Nikmat said...

Wa'alaikumsalam Syaa,

Jelas sekali jika tuan kedai itu memakai pelaris bermakna dia sudah menyekutukan Allah S.W.T dengan pelaris itu. Ketahuilah bahawa menyekutukan Allah itu adalah dosa yang sangat besar.

Adakah kita sebagai Muslim yang baik mahu makan dikedai orang yang mengamalkan ilmu hitam yakni sihir yang jelas bercanggah dengan Islam.

Adakah makanan yang dihidangkan nanti boleh kita jamin bersih dan halal sedangkan tuan kedainya berhati kotor kerana menyekutukan Allah S.W.T.

Isu menggunakan pelaris sebagai azimat dan tangkal dalam berjual beli adalah berdosa. Ini kerana ia bercanggah dengan akidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya jampi, tangkal, azimat dan ubat guna-guna adalah syirik.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Oleh itu, jauhkanlah diri daripada perbuatan yang sedemikian.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang bersidang pada 9 Ogos 1996 membincangkan Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang ramai iaitu amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Dalam Kitab Mastika Hadis Jilid Pertama terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tahun 2007 ada menyebut seperti berikut:

“Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram sekiranya mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.” (halaman 191).

Penggunaan tangkal, azimat dan sebagainya daripada ayat al-Quran atau yang mengandungi nama-nama Allah SWT atau sifat-sifat-Nya adalah tidak diharuskan menurut Abdullah Bin Mas’ud, Al-Aswad dan Abdullah bin Hakim. Dr. Yusof Al-Qardhawi memilih pendapat ini.

Justeru, para peniaga sewajarnya menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh untuk maju dan berjaya dalam kehidupan.

Usaha yang berterusan perlu dipertingkatkan dan dengan perancangan strategik selagi tidak menyalahi hukum syarak dalam berniaga. Seterusnya berdoalah kepada Allah SWT agar segala usaha yang dilakukan diberkati dan dirahmati-Nya.

Unknown said...

assalamualaikum...maaf mencelah,mcm mana pula sekiranya kita berniaga dh bertahun lamanya,dr ank pelanggan kita umur 7 thn smpailah ank pelanggan2 kita dh msuk u....tiba2 dtg sorg hamba Allah berniaga sebelah kita,x sampai semiggu semua pelanggan kita lari ke kedai sebelah...nk kata kita jual makanan mahal,org sebelah lagi mahal....dh mcm org x nmpk kita meniaga,pernah 2-3 org tanya kenapa lama cuti,sdgkan kita x pernah cuti,mcm mana nk bertahan klau mcm tu...bkn kita x yakin dgn Allah,tp klau dh mcm tu mcm mana tuan...boleh bg pendapat tak?