Lewis Pitcairn, menderita selama 5 tahun kerana penyakit paramsonia
Budak lelaki berusia 9 tahun ini menderita selama 5 tahun kerana tak boleh tidur dan merasa seperti diganggu bila mahu memejamkan matanya, tapi anehnya penyakit itu boleh disembuhkan hanya dengan sehelai kain.
Lewis Pitcairn menderita tidak boleh tidur malam atau Paramsonia sejak tahun 2004 lalu dan terus kritikal sejak dia berusia 8 tahun dan itu terjadi hampir setiap malam.
"Lewis tidur terlentang ditempat tidur dengan mata terbuka dan berteriak ketakutan hal itu sangat menakutkan dan yang hanya dapat saya lakukan hanya berusaha untuk menenangkannya" kata Puan Fletcher ibu kepada Lewis.
Pada awalnya Fletcher sudah pasrah dengan keadaan anaknya, sampai temannya mengatakan bahawa suhu panas sebab terjadinya gangguan tidur malam, dan akhirnya dia membeli beberapa lembar kain yang berguna untuk menyerap peluh dan memberikan itu pada anaknya bila dia sedang tidur, dan ajaibnya penyakit yang diderita anaknya selama 5 tahun itu beransur-ansur sembuh.
Gangguan tidur malam atau Paramsonia adalah penyakit yang menyerang 15% populasi kanak-kanak didunia yang menyebabkan seseorang merasakan perasaan ngeri dan takut dan kenaiknya suhu badan.(rm)-Freaky News
N'N:Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhuk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Amalkan Insha Allah anda boleh tidur dengan aman..
No comments:
Post a Comment