Saturday, August 6, 2011

Bab Niat Ni Orang Melayu Kita Masih Fail Lagi???

Niat.

Dialog dua orang sahabat:

Sahabat1: Alamak Mat aku lupa nak niat puasalah pagi tadi, nampaknya kena berbukalah aku.

Sahabat2: Tapi pagi tadi kau bangun sahurkan?

Sahabat1: Yer memang aku bangun sahur tapi lepas sahur aku terus tidur, lupa nak niat untuk puasa.

Sahabat2: Aku nak tanya kau ni, kau bangun sahur tu untuk apa sebenarnya?

Sahabat1: Untuk makanlah sebab nak puasa nanti.

Sahabat2:Jadi terlintas dihati kau untuk berpuasa esok sebab tu kau bangun sahurkan?

Sahabat1: Yerlah aku sahur sebab nak puasalah...

Sahabat2:Ketahuilah wahai sahabatku ketika hatimu terlintas untuk berpuasa ketika itulah sebenarnya engkau telah berniat. Samalah juga ketika engkau hendak berwuduk, kau berwuduk untuk apa? Tentulah untuk solat bukan, nah disitu hatimu telah pun berniat untuk solat. Ianya semudah itu sahabatku ketahuilah bahawa Islam itu mudah.

Sahabat1: la maknanya aku dah berniatlah, terima kasih sahabat kerana membuka mataku.

No comments: