Pendahuluan
Semua sedia maklum, PRU13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Berbeza dengan negara lain, tarikh PRU di Msia selalu menjadi salah satu bahan teka teki dan dirahsiakan kepada umum. Di negara-negara maju, tarikh pilihanraya umum biasanya diistiharkan dan sangat jarang menjadi rahsia. Tetapi tidak dinegara kita.
Namun, apa yang paling menarik pada PRU13 kali ini adalah PENTING dan menentukan mandat baru kepada kerajaan baru Najib dan Rosmah.
Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?
Setelah kejatuhan kerajaan BN di negeri-negeri strategik spt Pulau Pinang dan Selangor, kedudukan Kerajaan Najib dan Rosmah agak sedikit goyah (selepas pemindahan kuasa dari Pak Lah), maka menjadi satu matlamat besar agenda BN untuk kali ini merampas kembali salah satu negeri ini, dan Selangor akan menjadi target utama disebabkan undi Melayu mempunyai majoriti yang tinggi berbanding di Pulau Pinang. Maka, ‘serangan’ habis-habisan terhadap Pakatan Selangor mula dilancarkan sejak dari dahulu hinggalah yang terkini oleh PM Najib sendiri agar menggesa semua penyokong BN menggunakan apa jua ‘senjata’ untuk menumbangkan kerajaan Pakatan di Selangor.
Setiap mandat baru, mestilah disertai dengan satu negeri ‘kaya’ ditumbangkan. Ini terbukti sewaktu PRU11, dimana Pak Lah telah menjadikan Kerajaan Pas Terengganu sebagai matlamat.
Mengimbau kembali kekalahan Pas Terengganu di PRU11, pengundian di seluruh Msia telah menjadi kelam-kabut dan jumlah pengundian juga menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.
Jika kita selongkar kembali keputusan pilihanraya negeri di Terengganu pada tahun 2004;
(1) Pas tumbang dengan mengekalkan hanya 4 kerusi, dari sebuah kerajaan sebelum itu.
(2) Kemenangan majoriti BN hanya berkisar dalam ratusan dan hanya puluhan sahaja.
(3) Jumlah yang keluar mengundi paling kurang 85% dan puratanya antara 88% hingga 98%!!!
Tanpa menyelongkar selebihnya, secara kasar kita sudah tahu ada yang tidak kena dengan status pengundian di Terengganu sewaktu PRU11. Dan yang pentingnya, keputusan akhir adalah Pas tumbang di Terengganu!
Mengapa ini boleh berlaku?
Semua sudah maklum, dari dahulu lagi, dalam mana-mana PRU di Msia, semua agensi kerajaan (baca: hak rakyat) akan turut sama memainkan peranan dalam memenangkan parti pemerintah. Lebih dahsyat lagi, bukan sahaja media, malah SPR, JPN, PDRM, ATM dan pelbagai lagi agensi rakyat telah dipergunakan oleh BN secara terbuka!
Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, ia amat memerlukan kerjasama dari semua ketua atau pengarah jabatan yang terbabit. Ketua Polis, Ketua Hakim, Ketua SPR dan pelbagai lagi ketua agensi kerajaan mestilah memberikan kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan yang memerintah sekarang supaya setiap apa yang dirancang berlaku seperti mana yang dikehendaki.
Pak Lah sewaktu PRU11, mendapat kerjasama yang cukup baik dikalangan agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang dinyatakan tadi. Lalu beliau mendapat kemenangan mudah di PRU11, bukan sahaja berjaya menumbangkan kerajaan Pas Terengganu, tetapi mendapat mandat baru dengan penuh bergaya, dan ‘tersenyum lebar’.
Namun, ia tidak berpanjangan, setelah beberapa tahun memerintah, Pak Lah dikritik hebat, bukan sahaja dari pembangkang, malah dari pihak Umno sendiri. Ia telah menjadi kritikal bila Dr. Mahathir pun secara terbuka menghentam Pak Lah tanpa ‘belas kasihan’. Umno mula menghadapi krisis kenyakinan yang teruk, sehinggakan Dr Mahathir (yang memegang kad keahlian Umno [baru] no.1) turut keluar dari Umno pada masa itu.
Krisis dalaman Umno memberi kebaikan kepada pihak pembangkang apabila bukan sahaja sokongan rakyat mudah menyondong kepada Pakatan, tetapi kerjasama dan integriti yang berlaku di agensi kerajaan mula disabotaj. Kesepaduan dalam gerak kerja ‘menipu’ pilihanraya tidak lagi semantap PRU11.
Maka, Pak Lah telah kehilangan 5 negeri di PRU12! Bukan itu sahaja, menteri-menteri lama juga turut tumbang di dalam ‘Tsunami politik 2008’ tersebut.
Walaupun penulis bersetuju dengan analisis yang mengatakan sokongan terhadap Pakatan meningkat di PRU12, tetapi penulis lebih yakin yang kekalahan BN di negeri-negeri tertentu adalah disebabkan adanya sabotaj dikalangan agensi-agensi kerajaan yang tidak memihak kepada Pak Lah.
Era PRU13
Umno tidak sangat mengalami masalah pada kali ini. Walaupun, Najib dilihat agak memihak terhadap isteri Rosmah, tetapi pada hakikatnya beliau disenangi oleh kroni sendiri. Najib adalah seorang yang cukup terkenal dari menjadi MB Pahang lagi, iaitu seorang yang akan buat apa sahaja untuk menjaga kepentingan kroni. Beliau boleh ‘mencipta’ mana-mana jawatan baru/khas (jika perlu) bagi memenuhi kehendak kroni beliau.
‘Orang kuat’ Mahathir ini tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan oleh Penasihat Umno tersebut untuk meneruskan agenda BN. Maka, untuk kali ini, Najib dan Rosmah tidak mengalami masalah sukar untuk mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan tadi, terutama SPR dan JPN.
Penipuan sedang dan sudah bermula?
Antara perkara penting untuk menjatuhkan pihak lawan adalah melalui kehadiran pengundi yang tinggi. Walaupun kemenangan majoriti yang kurang dari 100 pun, yang penting BN mampu mengalahkan pihak lawan.
Kerajaan Najib-Rosmah mula melonggarkan kemasukan pekerja asing ke Msia sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, kemasukkan pekerja-pekerja asing mempunyai kelebihan yang ketara dalam menjayakan aktiviti ‘penipuan’ undi di mana-mana negeri yang berkaitan. Hampir mustahil untuk mendapatkan peratus kehadiran penggundi yang lebih dari 90%, tanpa bantuan ‘pihak luar’. Dan ‘pihak dalaman’ hanya menyediakan ‘kad pengenalan’ dan ‘nama pengundi’ sudah cukup untuk melaksanakan agenda ‘penipuan’ tersebut.
Pengalihan pengundi-pengundi juga giat dilakukan di Selangor sekarang. YB Iskandar telah membongkarkan semuanya di Harakah baru-baru ini.
Dimana BERSIH????
Pada pandangan penulis, BERSIH masih gagal mencapai matlamat! Kalaulah hanya ingin mengumpulkan penyokong Pakatan yang berbaju kuning, bukan sahaja 100 ribu, malah 300 ribu pun boleh! Tetapi yang penting, apakah matlamat sebenar BERSIH sudah tercapai?
Sebagai recap, empat (4) tuntutan BERSIH yang masih lagi di’pandang sepi’ oleh SPR:
1. Pengunaan Dakwat Kekal
2. Pembersihan Daftar Pemilih
3. Pemansuhan Undi Pos
4. Akses kepada Media
Dalam keempat-empat tuntutan tersebut, mana satukah SPR/kerajaan laksanakan? Jawapannya, TIADA! Yang ada, hanyalah undang-undang ‘kosmetik’ seperti peti undi transparen dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal. Tuntutan BERSIH hanya tinggal tuntutan!
Penggunaan dakwat kekal hampir menjadi kenyataan sebelum PRU12, namun ia disekat oleh Polis dan Peguam negara yang kununnya ia memberi implikasi negatif dan menyalahi undang-undang.
Terbaru, YB Nurul Izzah telah membankitkannya lagi di Parlimen sewaktu perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, dengan mencabar BN supaya menggunakan dakwat kekal di PRU nanti. Tapi, mereka diam dgn seribu bahasa!
Gesaan!
Penulis sungguh-sungguh berharap agar pihak Pakatan memainkan peranan untuk menuntut supaya perlaksanaan dakwat kekal diadakan sewaktu PRU nanti. Gesaan ini boleh dimulakan dengan mengajak semua Pemuda-Pemuda dari parti Pakatan (PAS, PKR, DAP) termasuklah NGO-NGO seperti Solidariti Anak Muda (SAMM), Persatuan-Persatuan Mahasiswa dan lain-lain yang berkaitan.
Mengapa PEMUDA? Ia adalah simbolik kepada tuntutan ‘pemimpin’ dan generasi akan datang. Mereka juga adalah satu ‘kawanan’ yang tahan lasak dan mampu memberika impak yang cukup positif dalam tuntutan tersebut. YB Nurul Izzah juga anak muda!
Apakah perlu memboikot pilihanraya? Tidak! Jangan memboikot pilihanraya kali ini. Tetapi apa yang perlu adalah lancarkan gesaan ini terhadap Najib dan Rosmah.
Sepatutnya, pihak Pakatan lancarkannya sewaktu berbelas-belas PRK lalu. Jika tidak tertunai, maka masa itu boleh diboikot, terutama di tempat yang BN ada kekuatan spt Kerdau, Merlimau dan Tenang. Namun, kita masih tidak terlambat. Lancarkan gesaan itu sekarang!
Pihak Pemuda PAS, PKR dan DAP jangan hilang fokus! Sekarang, banyak isu-isu ciptaan Umno/BN untuk menimbulkan polemik tidak kesudahan. Semua isu-isu ciptaan Najib-Rosmah tersebut hanyalah untuk mengganggu tumpuan sebenar agar PEMBERSIHAN SPRdilupakan dan Rakyak marhaen terus mendapat tekanan demi tekanan kehidupan.
Ingatlah, gesaan ini adalh untuk membela masa depan negara dan juga rakyak marhaen!
KESIMPULAN
1. PRU13 nanti Kerajaan Najib-Rosmah akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang bakal di’perkuda’kan untuk mendapat mandat baru.
2. Pihak PEMUDA Pakatan wajib melancarkan gesaan agar menuntut DAKWAT KEKAL di PRU13 nanti agar mengurangkan kejadian undi lebih dari sekali.
3. Pihak ahli Parlimen Pakatan mesti mengusulkan agar DAKWAT KEKAL digunakan dalam sidang Parlimen kali ini. Kalulah isu perundanagn emnjadi masalah.
4. Perhimpunan demi perhimpunan tidak membawa makna jika tiada suatu tindakan yang ‘mengertak’ pihak kerajaan Najib-Rosmah dilalukan, antara yang kritikal sekarang adalah tumpuan terhadap proses pengundian.
5. Jangan mudah tertipu dengan hanya kehadiran pengunjung ceramah dan perhimpunan, kerana tanpa tindakan tuntas terhadap SPR dan Kerajaan Najib-Rosmah, mereka tetap tersenyum lebar dan selesa untuk menyambung tugas di Putrajaya!
Ayuh bertindak sekarang wahai pemimpin Pakatan dan penyokong Pakatan. Kerana kalau hanya bertindak sewaktu pilihanraya, spt ‘tahan bas’, sekat pengundi asing, maka ia sudah terlambat! Jangan perjudikan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara kita oleh Warga Asing yang mengundi BN di PRU13 nanti!
Selamat berjuang!
Sumber:http://matdaus.blogspot.com
No comments:
Post a Comment