Wednesday, July 27, 2011

MUHYIDDIN YASIN SUDAH SOUND SEMUA WAKIL RAKYAT UBN YANG PRU-13 SUDAH "TERLALU DEKAT"




KUALA LUMPUR, 27 Julai — Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan lebih 100 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di ibu negara malam kelmarin dengan menasihatkan ahli-ahli Parlimennya seolah-olah menganggap “pilihan raya boleh diadakan hujung minggu ini.”

“Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan kecuali meminta kami agar bersiap sedia sepanjang masa, menganggap bahawa pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini... itu sahaja bayangan beliau, tiada bayangan lain,” kata seorang ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam tahunan bersama Muhyiddin di PWTC kelmarin.

Ia dihadiri ole ahli-ahli Parlimen kalangan anggota BNBBC dan timbalan-timbalan menteri.

Spekulasi terbaru menyebut kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri, pada Oktober dan November ini, meskipun khabar angin sebelum ini mengatakan Parlimen mungkin dibubarkan tahun depan.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Pertemuan ini diadakan tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

“Beliau berkata kemungkinan pilihan raya akan diadakan tahun ini, minggu tahun depan tetapi kita kena terus bekerja, pergi jumpa rakyat, anggap pilihan raya boleh diadakan hujung minggu. Itu mesej beliau, ya, itu harapan beliau pun,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Katanya, Muhyiddin (gambar) mahu wakil rakyat BN membuat persediaan atas dalam kapasiti perlu menghadapi pilihan raya umum dalam waktu paling dekat.

Seorang lagi wakil rakyat berkata pertemuan kali ini banyak berkisar mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

“Ia berkenaan dengan nasihat melipat ganda untuk menghadapi pilihan raya,” kata beliau.

Muhyiddin mengadakan pertemuan yang sama tahun lalu. Pertemuan kali ini diadakan ketika spekulasi semakin meningkat bahawa pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa selepas Aidilfitri.

“Lebih 100 orang ahli Parlimen hadir kali ini,” kata wakil rakyat itu.

Sempena majlis malam itu, yang lazimnya diadakan sempena sesi Parlimen pertengahan tahun, Muhyiddin turut berdialog dengan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan juga bertukar-tukar mesej dalam akaun Twitter dengan ada yang mengatakan “soalan anda tanya menarik.”

Bagaimanapun butiran soalan dan respons yang diperoleh tidak dinyatakan.

Seorang lagi Ahli Parlimen yang hadir berkata, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mahu meluangkan masa di kawasan masing-masing sepanjang masa.

“Timbalan Perdana Menteri meminta kami, jika tidak ada sebarang urusan rasmi, cuba berada di kawasan masing-masing, jumpa rakyat dan banyakkan aktiviti di kawasan,” kata beliau.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno turut meminta ahli-ahli Parlimen BN supaya menggunakan media baru sebagai sumber mendekati para pengundi.

“Menurut Tan Sri Muhyiddin, kini ramai pengundi sudah mula mendekati media baru khususnya pengundi baru. Jika boleh gunakan salah satu platform media baru sama ada Twitter, blog atau Facebook untuk berkomunikasi dengan rakyat... aspek ini pun ditekankan oleh Timbalan Perdana Menteri,” kata seorang lagi wakil rakyat.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-19 IPF Ahad lalu, Muhyiddin meminta semua parti komponen dan anggota gabungan BN merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya. TMI


N'N:Tingkatkan gerak kerja masing2, lakukan serangan bertubi2 di dunia maya!!! Kita bungkuskan UMNGOK!!!

No comments: