Saturday, July 23, 2011

Wajib Baca:Siapa Peguam Perancis Bernama William Bourdon,Dan Mengapa Beliau Dihalang Berceramah Dan Memasuki Malaysia.

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/William-Bourdon.jpg

Peguam & Pakar Hak Asasi Manusia

William Bourdon dilahirkan pada tahun 1956. Beliau adalah seorang peguam Perancis. Beliau khusus dalam mempertahankan hak asasi manusia dan mangsa jenayah kemanusiaan.

Beliau juga adalah Ketua Setiausaha Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (1995-2000).

Pada tahun 2000, beliau telah menulis esei bertajuk “The International Criminal court - the Statute of Rome” (Seuil).

Pada tahun 2001, beliau mencipta 'Sherpa' sebuah organisasi bukan untuk keuntungan yang memberi tumpuan kepada memperbaiki undang-undang yang mewujudkan kerangka perundangan untuk tanggungjawab sosial korporat.

Pada tahun 2006, beliau muncul dalam lakonan peranan sendiri sebagai seorang peguam plaintif Afrika dalam filem 'Bamako' oleh Abderrahmane Sissako.

Beliau seorang yang sangat aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang. Beliau adalah seorang peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet. Beliau juga mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.sumber


Peguam Perancis dijangka dedah pembunuhan Altantuya

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Beliau akan tiba ke Pulau Pinang esok bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh pada hari berikutnya.

Bourdon, antara sekumpulan peguam yang dilantik Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene akan menceritakan perkembangan terkini kes itu yang kini dalam peringkat perbicaraan di mahkamah Perancis.

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, sumber Suaram memberitahu kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya Ogos.

Pembelian kapal selam berkenaan yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

Pada Disember 2009, Suaram telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di Perancis untuk memfailkan aduan mengenai skandal berhubung komisyen pembelian kapal berkenaan, yang menyalahi undang-undang negara itu.

Pada April tahun lalu, mahkamah Perancis menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta atau hampir RM500 juta dari pembina kapal berkenaan, DCNS kepada Perimekar Sdn Bhd.

Perundingan bagi pembelian itu dijalankan menerusi Perimekar untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris iaitu anak syarikat DCNS.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak tersenarai antara pengarah Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu.

Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang merupakan perantara bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 dari kementerian pertahanan di Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh iaitu pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman mati.

Pada 2009, seorang bekas anggota cawangan khas, P Balasubramaniam yang juga pernah bertugas untuk Abdul Razak mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dalam akuan bersumpahnya.

Sebelum ini Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Macau- bagi urusan pembelian kapal selam berkenan- yang turut dikaitkan dengan seorang lagi individu ketiga.KD

N'N:Persoalannya sekarang siapa individu ketiga itu? Dan Mengapa peguam Perancis ini dihalang untuk memasuki Malaysia? Ada seseorang yang takut rahsianya terdedah, siapa???

4 comments:

Unknown said...

bolehkah kes ini ditutup? tidak. rakyat ingin tahu kenapa orang bodoh yang bukan pakar boleh uruskan beli kapal selam yang tak boleh diguna di kawasan selat melaka. tulah sebab nak keja komisyen melampau. taukah mereka, di malaysia ramai orang kelaparan, rumah tak ada, tidur bawah jambatan, kutip sampah untuk dijual, sebaliknya pemimpin kita bermewah-mewah macam fir'aun dan qarun. ingatlah akan doa orang yang dizalimi.yang di atas akan terduduk juga di bawah jambatan nanti.

Na'im Nikmat said...

Salam misnona,
benar kata anda, pembalasan Allah pasti akan datang.

Anonymous said...

salam,saya tlh mendaftarkan diri sebagai ahli umno seumur hidup pd thn 2005 lg,cuma permasaalah sekrang ni sy kurang yakin,bahkan lbh senang lg sy kata x yakin langsung pd kepimpinan Najib & BN..sy hairan knp BN tolak BERSIH? ni plak x pasal2 dia atar blik peguam dr Perancis William Bourdon yg baru saja nk menjejakan kaki d bumi malaysia ni..sy terfikir klu lah dia(Najib) seorg yg telus,mengapa..kenapa..dan buat ape dia bersikap sedemikian ?? semestinya ade udang d seblik mi..dgn pembelian brgan peribadi mewah si Rosmah dlm keadaan negara x stabil kewanganya dan entah byk lg klu nk d paparkan..sy benar2 berhrp agar ahli kumpulan UMNO yg lain pun akan celik bijik matanya luas2,pasang telinga lebar2,klu x leh nk rase kite pkai sensor..berubahlh rakan2 ku demi kesenambungan hidup anak cucu kite di hari mendtg,jgn kite mementingkan pegisian tengkolok & perut kite utk ari ni jerr..tp bg mana plak tengkolok & perut anak cucu kite pd ari esok yg akan dan pasti mendatang..

Anonymous said...

Anon 9:50 AM,
Ketahuilah bahawa pemimpin yang kamu sokong selama ini adalah pemimpin yang menyeleweng. Untuk selamatkan anak cucu kita marilah kita kuburkan UMNO pada PRU-13.