Friday, July 15, 2011
Li Ching Yun Pasti Tabik Spring Dan Bangga Terhadap Negeri Perak, Tapi Mengapa? Disini Jawapannya:
Ini adalah sebuah berita yang pernah disiarkan oleh Majalah Time. Seorang warga China tepatnya di provinsi szechwan bernama Li Ching-yun adalah manusia terlama hidup yang pernah dicatat sepanjang sejarah.
Menurut berita yang disiarkan oleh Majalah Time, Li Ching-yun meninggal pada usia 256 tahun. Ketika ditanya apa rahsia umur panjang, maka Li Ching-yun mempunyai beberapa petua, iaitu:
- Mengutamakan Mengkonsumsi tumbuh-tumbuhan (Sayur-sayuran)
- Meminum Sake Secukupnya
- Biarkan hati tetap tenang
- Duduk seperti kura-kura
- Sigap Berjalan Seperti Burung Punai, dan
- Tidur seperti anjing
Li Ching-yun selama masa hidup memiliki 23 orang isteri, dengan jumlah anak 60 orang. Ching-yun meninggal setelah memiliki keturunan pada generasi ke-12.
Tapi persoalannya disini mengapa manusia yang pernah memegang rekod manusia tertua di dunia ini harus 'tabik spring' kepada negeri Perak. Ini kerana ternyata bahawa Negeri Perak memiliki senarai "Warga Tertua Paling Ramai Didunia"
Ini terbukti apabila di Perak sahaja terdapat 1,607 pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dikesan dalam daftar pemilih SPR yang telah disahkan.(sumber)
Tapi yang peliknya mengapa dunia tidak pernah mengiktiraf Negeri Perak dan Malaysia umumnya kerana memiliki jumlah warga tertua paling ramai disesuatu negeri?
N'N: Kepada yang masih belum faham atau buat-buat tak faham aku akan terangkan secara terus kepada point, yakni mereka semua itu adalah "PENGUNDI HANTU"!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment