Tersebutlah kisah sebuah keluarga , yang pada satu hari sedang menantu lelaki menonton TV tiba-tiba sahaja bapa mertua di hadapannya rebah sambil memegang dada.
Apa lagi kelam kabutlah si menantu melihat situasi yang menimpa bapa mertuanya. Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertuanya sambil memegang dada bapa mertuanya.
Bapa mertuanya tidak bergerak langsung ,senyap saja......Bertambah gelisahlah mereka sekeluarga. Emak mertuanya pun menyuruh anak menantunya mengajar bapanya tadi mengucap.
Dia gabra,lalu menyuruh isterinya tapi isterinya menolak bahu suaminya menyuruh cepat lakukannya .Emak mertua pun berkata,"Man cepat ajar ayah mengucap."
Dalam keadaan gabra itu dia pun mendekatkan mulutnya ke telinga bapa mertuanya sambil berkata : " MA RABBUKA!!! (siapa Tuhan kamu!!!)...?" kuat juga dia menyebutnya sehingga mak mertua dan isterinya masing-masing terkejut bila mendengarnya.
Tiba -tiba sahaja bapa mertuanya tersedar dan terus berkata: " Man bila masa kau jadi malaikat ni ...Aku belum mati lagi la.."
sumber
N'N:Kah2 terbaik.....
No comments:
Post a Comment