Melihat keadaan yang ada, suasana politik yang dikotorkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, maka saya ingin cadangkan beberapa perkara kepada pihak BERSIH;
1. Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.
2. BERSIH mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya -tidak semestinya ditulis BERSIH-. Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan ‘pilihanraya yang adil’. Juga mungkin mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah. Jika BERSIH buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu ‘defeat the purpose’. Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9hb Julai ini.
Dr.Maza
N'N:" suasana politik yang dikotorkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab" siapa yng Dr Asri maksudkan, aku tahu siapa dan korang pun tahu siapakan he3...siapa lagi kalau bukan UMNGOK. Bagaimana kami mahu meluahkan perasan Dr, sedangkan dgn hanya berpakaian kuning kami ditangkap dan dihumban ke lokap?
No comments:
Post a Comment