Friday, July 29, 2011

GEMPAR!!!MCA MARAH LIM GUAN ENG KERANA TIDAK MENGAMALKAN ASOBIYAH.

MCA marah Guan Eng tolong Kontraktor Bumiputera..

Kalau diikutkan kata Pencacai -pencacai UMNO selain dari mengatakan Melayu semakin terpinggir setelah DAP/PR mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang mereka juga mendakwa kontraktor Bumiputera dipinggirkan.

Sebenarnya yang dipinggirkan itu kebanyakkannya kontraktor UMNO yang dulunya hanya perlu ada kabel untuk mendapatkan projek, apabila sistem e-tender digunapakai oleh kerajaan PR Pulau Pinang mereka terkial-kial kerana dulu mereka tak pernah bersaing dalam sebut harga, sekarang bila mereka terpaksa bersaing terpinggirlah mereka kerana harga mereka macam dulu juga.. mahal gila..


Jadi untuk melampiaskan rasa marah mereka itu, mereka mula mereka cerita kononnya Kontraktor Bumiputera dipinggir oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Sekarang Ketua Wanita MCA ini membuktikan Kerajaan PR Pulau Pinang tidak meminggirkan Kontraktor Bumiputera..

MCA marah DAP utamakan Melayu

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.

Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blog parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.

“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.

Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.

Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.

“Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk “mengambil hati” bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu,” katanya.


Free Malaysia Today

Sumber:AnakSungaiDerhaka.

No comments: