Saturday, July 30, 2011

Ashraf Jejaka Yang Ingin Menukar Status Jantina, Meninggal Dunia Sebentar Tadi. Marilah Kita Bersangka Baik, Kita Mohon Dia Sempat Bertaubat.

Marilah kita bersangka baik, kita mohon dia sempat bertaubat sebelum meninggal dunia.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama-

2 comments:

Yong said...

Setuju sangat. Tapi persoalannya, ape dah jadi dengan budak2 sekarang? Ramai sangat lelaki nak jadi perempuan. Tak bolehkah pihak yang bertanggung jawab bantu mereka sebelum mereka membuat tindakan drastik seperti buat pembedahan di negara jiran yang kita tak tahu SOP nye entah macam mana.

Na'im Nikmat said...

Salam Yong,
Itu yang membimbangkan tu. Kena buat satu langkah yang drastik. Kita tahu semua ini bermula dari rumah kemudian kesekolah dan kemudiannya ke masyarakat. kita perlu titik beratkan perihal ini bermula dari tempat2 tersebut. Menukat jantina itu haram dan perbuatan yang dilaknat Allah S.W.T. Jangan bila dah jadi mcm ni br kita nak tuding jari. Al-Quran & As-Sunnah adalah penyelamat.