Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.
"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.
Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.
Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.
Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.
Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).
“Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.
Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.
Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Sumber
Sumber
3 comments:
oh... betul tu......
boleh dikatakan, hampir semua jejaka dr seberang bijak berkata-kata..
hati wanita mudah cair kot dengan diorang.,... Wardah ada jugak kawan2 dr sana... memang... memang betul..
tp, yg Wardah kenal ni, bukanlah dr Lombok pon... dan yg kuat pegangan agamanya, insya Allah...
tp, masih perlu berhati2.. :)
Salam Wardah a.k.a qiqi,
Betul ker begitu, nampaknya xlakulah jejaka dr Malaysia. Mungkin jejaka dr Malaysia kena jd lebih gentlemen,penyayang & penyabar seperti Rasulullah S.A.W.
Saya doakan Wardah dapat cari calon suami yang kuat pegagangan agamanya dan menjaga syariat dalam proses berkawan :-)
Hehe.... betul2... insya Allah, wanita Malaysia x pandang lg dah lelaki LOmbok.. ;)
Amiiin... Amiinn... Yang tu memang diharapkan sangat2.. insya Allah.. Amiinn.. :) tQ atas doanya.... Jazakallahu khairan kathira... insya Allah... :)
Post a Comment