Friday, June 10, 2011

Lelaki Ini Kahwin Empat Sekaligus..

Seorang lelaki Afrika Selatan telah menikahi empat wanita sekaligus pada masa yang sama. Namanya Milton Mhbele, dia berumur 44 seorang pengurus kota di Indaka. Hukum di Afrika Selatan mengakui perkahwinan berpoligami. Walaupun sebenarnya biasa di sana, tetapi jarang terjadi pernikahan seperti kali ini.

Dia telah menikahi Thobile Vilakazi selama 12 tahun dan memiliki 11 anak. Pada 26 September, dia menikahi Thobile untuk kedua kalinya dan juga menikahi tiga isteri baru: Happiness Mdlolo (24), Zanele Langa (24) and Smangele Cele (23). Wanita-wanita ini semuanya mengenakan gaun putih dan masing-masing menerima cincin dan ciuman dari pengantin lelaki.

Isteri-isterinya ini akan hidup secara berasingan dan suami mereka akan digilir di antara mereka.

Lelaki ini berkata bahawa dia menabung untuk menggabungkan upacara ini. Dia juga menambahkan: "Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti antara saya dengan mereka, tapi saya sangat gembira tentang hal ini, bukan hanya kerana saya belum pernah melakukannya sebelumnya, tetapi kerana saya percayakan hal ini."

sumber : unic77.tk

No comments: