Saturday, June 18, 2011

Jom Lihat Kehebatan UMNO Berhujah Didalam Facebook, Memang Gempak!!!


Yahudi pun boleh bina Masjid macam UMNO, tapi bezanya mereka tidak beriman dengan Al-Quran , As-Sunnah dan Syariat Islam bukan ketetapan untuk mereka.

JUTAWAN-Yahudi, Roberth Harush (58) membiayai pembangunan masjid besar di Montereau, Perancis sebagai toleransi agama. Roberth yang asli warga Ashkelon Israel telah berjaya menjadi pegusaha real estate di Perancis sejak 10 tahun terakhir.

Ia mengaku muak dengan tingkah laku Israel yang menimbulkan kecaman dunia terhadapnya. Sebagai bentuk toleransi agama, ia memutuskan untuk membiayai keseluruhan pembangunan sebuah masjid di Perancis bagi masyarakat muslim di situ.

Ayah empat anak ini dibesar di Ashkelon, Israel. Apabila ia bersara dari ketenteraan Israel, kemudian ia mencuba nasibnya dalam perniagaan real estate di Eropa dan kini ia menjadi jutawan. Kejayaannya telah berjaya memenangi banyak tender pembangunan hotel dan bangunan-bangunan mewah yang bernilai ratusan juta dolar AS.

Selain berjaya di Eropa Harush juga melabur modal perniagaannya di Ashkelon Israel iaitu negaranya. Jutawan Yahudi ini juga mempunyai rumah di Cast Lead, Israel dan ia pernah ditimpa tragedi serangan roket Grad dari Hamas yang mendarat berdekatan rumahnya.

Pembangunan masjid untuk umat Islam di Perancis itu bermula ketika Datuk Bandar Montereau, sebuah Bandar yang berdekatan dengan Paris mengumumkan bahawa pihak masjid memerlukan sumbangan untuk membaiki sebuah bangunan masjid di Bandar tersebut.

Setelah mendengar pengumuman Datuk Bandar tersebut dan ia berkata-kata di dalam hatinya :

"Di sinilah kesempatan untuk membawa orang bergabung bersama-sama dan saya memutuskan untuk membiayai pembangunan masjid tersebut."

Ramai orang tergejut dengan niatnya untuk membantu membiayai pembangunan masjid tersebut. Ia berkata kepada orang ramai bahawa :

"Saya sudah muak dan lelah. Sepatutnya orang yang waras dan berpelajaran muncul untuk menyatukan dan menamatkan persengketaan antara Islam dan bukan Islam. Segala sumbangan yang saya hulurkan untuk pembangunan masjid ini bukan usaha murahan tapi saya lakukan dengan seikhlas hati."

Para pemimpin masyarakat Muslim di Montereau, Perancis mengucapkan terima kasih kepada Harush atas sumbangannya untuk membaiki masjid dan meminta supaya menjaga hubungan yang baik antara agama dan bangsa.

Sebelum itu juga, Harush telah membiaya pembangunan Sinagog terbesar dan paling megah di Asheklon Israel pada tahun lalu dan dinamai dengan nama mendiang ayahnya.

"Saya sendiri bukan orang agama. Tapi saya perlu mengambil langkah politif untuk menyatukan orang Yahudi, orang arab, sekuler maupun agama."


N'N: Setakat nak bina Masjid , Sekolah dan Universiti orang bukan Islam pun boleh buat.


Patutlah Zahid Hamidi cakap begini kepada Unit Tempur Siber UMNO:

"unit tempur siber UMNO ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar"

"selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu"

"tidak bersistematik"

No comments: