Thursday, June 9, 2011

Jom Kita Ikut Cara Rasulullah Berdiet

Terdapat berbagai cara untuk menjaga kesihatan badan,samada dari segi sains atau yang di ajar Al-Quran.Dari segi sains antara caranya ialah bersenam atau beriadah serta makan pil vitamin dan mengawal makanan yang di ambil hari-hari.

Dengan mengamalkan minum secawan teh 'o' setiap pagi ia boleh mengawal berat badan jika terus mengamalkannya,berat badan seseorang akan berkurangan.Perkara ini telah dibuktikan keberkesanannya. seseorang InsyaAllah

Di dalam Al Quran terdapat juga ajaran tentang menjaga kesihatan dengan melaksanakan amalan-amalan berikut :

Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang -kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk dipagi hari akan meresap kedalam badan dan ianya boleh mengurangkan lemak yang terkumpul didalam badan.Secara kasarnya dapat dilihat,setiap individu yang mengamalkan mandi pagi hari mempunyai badan yang stabil.

Agar sentiasa jauh daripada penyakit,Rasulullah telah mengamalkan minum air sejuk dipagi hari.InsyaAllah segala penyakit susah untuk menyerang tubuh individu tersebut.

Ketika sembahyang Subuh disunatkan bertafakur iaitu melakukan sujud sekurang -kurangnya seminit untuk membaca doa.Keadaan ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada pening dan migrain.

Ini telah terbukti oleh pakar sains yang membuat kajian kenapa dalam sehari seseorang perlu sujud.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah.Dengan melakukan sujud darah akn mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga melarang seseorang memakan makanan darat bercampur makanan laut.RasulullahSAW pernah menegah umatnya makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri mudah mendapat penyakit.

Ini telah terbukti apabila saintis mendapat kandungan di dalam badan ayam mengandungi ion positif,manakala ikan mengandungi ion negatif.maka terjadilah tindak balas kimia.Tindak balas ini merbahaya kerana boleh merosakkan usus.

Rasulullah SAW juga mengajar seseorang untuk makan dengan tangan dan apabila sudah selesai hendaklah menjilat jari.Daripada hasil kajian mereka saintis mendapati bahawa enzim yang terkandung di celah jari ialah 10 kali ganda daripada enzim didalam air liur.Enzim merupakan sejenis alat pencernaan tanpanya makanan tidak mudah di hadamkan.

Jika amalan -amalan kesihatan yang di ajarkan Rasulullah SAW di amalkan InsyaAllah ,badan akan menjadi semakin sihat dan terhindar daripada segala penyakit.

sumber

No comments: