LONDON – Sebuah perusahaan kereta memperkenalkan ‘Kereta Internet’ pertama dunia yang boleh membaca email serta update Facebook dan Twitter untuk pemandunya.
Kereta elektrik itu, Rinspeed BamBoo, juga boleh menjelajah internet menggunakan rangkaian perintah suara. Pengemudi hanya perlu menghubungkan telefon pintar atau iPad mereka pada charger dalam kereta, sebelum memandu
Rinspeed Bamboo diperkenalkan pada Geneva Motor Show yang dilangsungkan minggu ini. Kereta ini dijangka akan mula digunakan dalam jangka masa 18 bulan ke depan.
“Teknologi ini direka untuk mencegah perhatian pemandu terganggu oleh SMS dan email. Melalui perintah suara, komputer akan membacakan pesan selagi mereka memandu,” jelas juru cakap Harman, Kay Robinson seperti dilaporkan Daily Mail, Jumat (4/3/2011).
Kereta ini sesuai dengan semua peranti smartphone, iPad dan BlackBerry. Pemandu boleh memeriksa update media sosial dan SMS mereka tanpa perlu hentikan memandu
“Ketika ini, ketika pemandu menerima SMS atau email, atau update Twitter, mereka harus berhenti untuk boleh membacanya. Dengan teknologi ini, mereka boleh tetap update tanpa harus mengalihkan tangan atau pandangan mereka dari jalan,” lanjut Robinson.
Pemandu juga boleh mencari stesen radio digital dengan perintah suara, menggunakan teknologi ‘infotainment’ dalam kereta. Selain itu, kereta ini pun dilengkapi transmitter wi-fi sehingga penumpang boleh menggunakan laptop atau handphone mereka.
Sumber : http://www.okezone.com
N'N:Canggih tahap gaban...
No comments:
Post a Comment