Wednesday, June 1, 2011

Dalam Banyak2 Ketagihan Remaja Ini Ketagih Makan Sabun, 5 buku Sabun Setiap Minggu

Tempestt Henderson (19) kelihatan seperti remaja biasa yang anda lihat setiap hari. Tetapi sebenarnya gadis dari Florida ini menyembunyikan rahsia tabiat pemakanan yang aneh. Tempestt mempunyai tabiat memakan sabun yang kronik. Bermula April tahun lalu Tempest mula memakan sabun. Pada awalnya beliau hanya makan serbun sabun mesin pencuci. Lama kelamaan menu sabun beliau berkembang kepada syampu dan kemudian sabun buku mandian.

"Saya ingat kali pertama saya makan sabun. Saya makan sabun mesin basuh dan rasanya manis serta masin. Ianya rasa yang sungguh sedap"

Menurut doktor Tempestt mengalami masalah yang dipanggil PICA. Mereka yang mengidap PICA mempunyai obsesi untuk makan benda yang tiada nilai nutrisi. Sebagai contoh ada pengidap PICA yang makan kaca, plastic, berus gigi, bateri , kapur dan arang. Penyakit ini juga boleh dilihat pada wanita mengandung. Sebab itulah bila wanita mengandung ada yang mengidam benda-benda aneh.




Dalam kes Tempestt doktor merasakan ianya disebabkan oleh tekanan dalam hidup beliau. Sebelum mula memakan sabun Tempestt memutuskan hubungan dengan teman lelaki beliau dan mula belajar di kolej. Kombinasi tekanan didump oleh balak dan berjauhan dari keluarga menyebabkan Tempestt mula memakan sabun

Tempestt akhirnya mendapatkan rawatan selepas 6 bulan makan sabun. Sebenarkan memakan sabun ini boleh membahayakan kesihatan tubuh badan kerana ianya alkali. Kesimbangan PH darah didalam tubuh akan terganggu dan boleh membawa kepada maut





Sejak oktober tahun lalu Tempestt mendakwa beliau tidak lagi memakan sabun. Tempest sempat berseloroh;

"Ibu saya merasa lega saya hanya ketagihan sabun. Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari ketagihan dadah atau benda merbahaya yang lain"

Sumber:blogserius