Selepas 59 hari perbicaraan yang bermula awal tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memerintahkannya untuk membela diriu ataupun melepaskan daripada tuduhan liwat.
Ketika ini, kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat. Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Hakim sedang membaca teks penghakimannya. Masih belum ada apa-apa keputusan yang diberikan. Hakim masih bercerita tentang sejarah kes.
Kata Hakim Zabidin "What was needed to be proved is a prima facie case, credible evidence to ingredient of offence." Kita tunggu keputusannya, adakah penghakimannya adalah refleksi kata-katanya?
Apa-apa kita nantikan adakah Hakim akan hanya membaca skrip atau keputusan yang adil akan dibuat....
No comments:
Post a Comment