Thursday, May 12, 2011

Tak Tahu Ini Kategori Hebat Atau Lawak,Banduan Lari Dari Penjara Menyamar Jadi Biri-biri..

Ada istilah baru yang dibuat oleh dua banduanyang berasal dari Argentina. Dahulu ada istilah serigala berbulu biri-biri, tapi kini mereka mempunyai istilah baru, iaitu banduan berbulu biri-biri.

Dua orang banduan Argentina Maximiliano Pereyra dan Ariel Diaz, cuba menipu para pencari mereka dengan dengan menggunakan kostum seperti biri-biriasli. Pereyra usia 25 dan Diaz usia 28, dipenjarakan kerana melakukan rompakan. Mereka melarikan diri daripada penjara yang dikatakan mempunyai kawalan yang sangat ketat.

Mereka mencuri kostum biri-biri tersebut dari peternakan setempat dan menggunakannya untuk menipu para petugas selama lebih kurang seminggu. Padahal 300 petugas ketika itu mencarinya.

Akhirnya para petugas mendapat tahu setelah adanya laporan dari penduduk setempat yang melaporkan bahawa ada sepasang orang yang berlari di lapangan pada malam hari.

"Mereka menggunakan pakaian warna kelabu, tapi penuh dengan bulu biri-biri," ujar peternak di La Almeda.

Sumber dari polia mengatakan, mencari mereka di antara ribuan domba yang ada di lapangan adalah suatu hal yang mustahil.

"Mereka bioleh saja menyamar menjadi biri-biri tepat di depan mata kita selama mereka mahu," ujar salah seorang polis.

Sumber:http://www.borakkosong.com/

No comments: