Saturday, May 14, 2011

Polis: Tiada Keperluan Dedah Identiti Pelaku Video Seks...Pulak.....

http://4.bp.blogspot.com/-8zLXFH2QQlE/TahWI2dhXgI/AAAAAAAAAJ4/VgGTBuQmyQ8/s1600/datuk+khalid.jpg

Tiada keperluan bagi pihak polis mendedahkan siapa pelaku dalam video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang walaupun sudah mengenalpastinya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata ia hanya akan didedahkan sekiranya terdapat keperluan undang-undang.

“Saya tak perlu huraikan, kalau undang-undang kata perlu, kita dedahlah, kalau tidak, tidaklah,” katanya.

Pada 26 April lalu, Khalid berkata polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks itu kepada umum sekiranya perlu.

Video berkenaan kali pertama dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Trio ‘Datuk T’ itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Malah Shazry dengan ditemani dua rakannya itu melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul 29 April lalu menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku video berkenaan.

Sumber:http://kedahlanie2u.wordpress.com

4 comments:

hb said...

salam bro.

perbagai versi dan persepsi undang- undang pada PDRM dalam kes DSAI.Untuk
menseragamkan dasar, PDRM wajar mewujudkan jawatan jurucakap PDRM dan tiada pelbagai pengumuman yang mungkin berbeza dan mengikut pandangan masing-masing.

bagaimana

Na'im Nikmat said...

Salam Hb,

Anda perlu faham PDRM bukan badan bebas kerana ia seolah-olah dikawal oleh kerajaan, jd apa shj statement yang dibuat sebenarnya ialah statement yang dibuat oleh kerajaan....Percayalah....

Anonymous said...

iNSYAALLAH DALAM pru 13 NANTI , MEREKA AKAN KATA PELAKU SEKS ITU IALAH DSAI.

Na'im Nikmat said...

Betul saya rasa memang mereka tunggu saat PRU13 untuk kembali sebarkan fitnah itu......