Wednesday, May 18, 2011

Kerajaan 1 Malaysia Hadiahkan Muntah, Sakit Perut Serta Cirit Birit Melalui Susu 1 Malaysia?

http://3.bp.blogspot.com/_bTABosgkgvo/TKnXNw-03sI/AAAAAAAAAQ0/tY0oqT0AxAA/s400/susu1Malaysia.jpg

70 Murid Dari Dua Buah Sekolah Cina Di Kuantan Muntah, Sakit Perut Serta Cirit Birit Selepas Minum Susu "1Malaysia" Yang Di Bekal Kerajaan

KUANTAN, 18 Mei - Seramai lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" hari ini.

Tidak dapat dipastikan apakah puncanya, namun ia mungkin ada kaitan dengan masalah pengeluaran dan pemproses susu berkenaan sebenarnya. Sebagai makluman Pelancaran Susu Sekolah 1Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak pada September 2010.

Antara lain katakan program tersebut amat penting bagi melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas. Beliau sebelum itu mempertikaikan kenyataan sesetengah akhbar yang hanya menyiarkan tajuk dan berita mengenai program susu sekolah diperkenalkan semula tanpa memberikan keutamaan mengenai tujuan sebenar ia dilaksanakan. ''Ia sebenarnya mempunyai matlamat lebih besar berbanding apa yang disiarkan oleh akhbar iaitu melahirkan generasi muda Malaysia pada masa depan yang lebih dinamik dengan ciri-ciri yang saya telah sebutkan.

"Saya percaya ia akan memberi kesan yang besar kalau kita dapat mendidik setiap murid di sekolah rendah untuk membiasakan diri minum susu yang punyai kalsium tinggi setiap hari," katanya.

Sumber:pahangdaily.blogspot.com

No comments: