Friday, May 20, 2011

Inilah Orang Pertama Dunia Sembuh dari AIDS

INILAH.COM, San Fransisco – Doktor mengatakan, lelaki 45 tahun di California ini mungkin menjadi orang pertama yang sembuh dari AIDS. Ini diketahui dari gen kebal HIV miliknya. Seperti apa?

Timothy Ray Brown diketahui positif HIV (human immunodeficiency virus) pada 1995. Kini, ia masuk jurnal ilmiah sebagai orang pertama yang berhasil ‘menghapus’ virus HIV dari tubuhnya secara sepenuhnya. Doktor menyebut keadaan ini ‘penyembuhan fungsional’.

Pada 2008, Brown tinggal di Berlin dan mengidap HIV dan leukemia. Di sana, ilmuwan melakukan pembedahan tulang sumsum untuk mengubati leukemianya. Ilmuwan mengatakan, Brown mendapat sumsum dari penderma yang termasuk dalam 1% Caucasia kebal HIV.

“Saya berhenti berubat HIV di hari saya mendapat transplan itu,” kata lelaki yang dijgelar‘Pesakit Berlin’ itu.

Peneliti AIDS Dr Jay Levy dari University of California, San Fransisco (UCSF) mengatakan, kes Brown membuka pintu ‘cara penyembuhan’.

Namun, doktor menekankan, prosedur radikal Brown mungkin tak sesuai dengan penderita HIV lain kerana sulitnya pembedahan sumsum dan menemukan penderma yang sesuai.

“Tentunya Anda tak mahu melakukan pembedahan sumsum ini kerana risiko kematiannya,” ungkap Paul Volberding dari UCSF.

Banyak pertanyaan mengenai pengubatan Brown tak terjawab, lanjutnya. “Satu elemen pengubatannya nampaknya memungkinkan virus keluar dari tubuhnya,” lanjutnya lagi.Hal ini akan menjadi satu kajian yang menarik,katanya.

Sumber:borakkosong

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa tak dicuba ambil 100 orang positif HIV, cuba sebat mereka ikut syariah, mungkin boleh sembuh, siapa tahukan.

Na'im Nikmat said...

Ya kita boleh cuba, Insha Allah.